Hari ini Malaysia terus melakar sejarah apabila Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dipilih sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke 14. Sejarah terlakar apabila baginda merupakan Sultan pertama yang dilantik sebanyak dua kali sebagai Yang Dipertuan Agong sepanjang pemerintahan baginda.
Baginda merupakan Sultan Kedah Ke 27 dan dipilih menjadi agong pertama kalinya ketika berusia 43 tahun pada tahun 1970 sebagai Yang Dipertuan Agong Ke 5. Hari ini, sekali lagi Baginda Sultan dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong Ke 14 pada usia baginda menjangkau 84 tahun.
Sebagai anak jati kelahiran Kedah, saya amat berbangga dengan perlantikan ini. Semoga Tuanku Sultan sentiasa sihat dan dilanjutkan usia memegang tampuk pemerintahan sebagai Ketua Negara.
13 December 2011
10 December 2011
Pekeliling SBPA dan Pergerakan Gaji.
Saya percaya, semua kakitangan kerajaan tak sabar-sabar nak mengetahui kandungan opsyen SBPA. Rasanya sekarang, ramai yang dah pun membaca Pekeliling SBPA yang dah pun dikeluarkan oleh JPA. Dan semua orang tentunya lebih teruja dengan kenaikan gaji dan juga pergerakan gaji tahunan.
Hmmmmm.... memang lumayan! Kata orang.... Insya'allah, sebelah tangan lah juga. Selain tu, ada juga rakan-rakan penjawat yang lain akan menerima kenaikan yang lebih banyak. Itulah rezeki namanya.
Alhamdulillah, ramai juga yang dah pun mengikuti taklimat. Saya belum lagi... Mungkin selepas 16 Disember nanti kot, sebelum menandatangi opsyen SBPA. Tapi, kerap juga melayari portal JPA dan laman web yang lain untuk mencari info. Akhirnya terjumpa juga laman web ni. SBPA gaji guru. Bila dah baca tu, rasanya faham la juga sikit-sikit.
Belek punya belek, kira punya kira, dapat la juga anggaran tentang kenaikan yang bakal diterima. Banyak juga. Yang saya faham ialah :
i. Pegawai diberi satu pergerakan gaji di gred asal di SMM sebelum bertukar ke gred SBPA
ii. Daripada tangga baru di SMM, pegawai akan diberi gaji baru di SBPA mengikut Jadual Gaji Sebaris (JGS) pada tangga yang sama atau tertinggi berhampiran.
iii. Di JGS pula, pegawai akan menerima lagi satu kenaikan tangga gaji.
Hmmmmm.... memang lumayan! Kata orang.... Insya'allah, sebelah tangan lah juga. Selain tu, ada juga rakan-rakan penjawat yang lain akan menerima kenaikan yang lebih banyak. Itulah rezeki namanya.
Apa pun, semoga dengan kenaikan ini, Insya'allah saya akan lebih komited dengan tugas saya. Cuma........... itulah, harga barang di pasaran sekarang ni perit juga rasanya. mungkin gaji pertama 2012 nanti dapat mengimbangi semula keperitan tersebut. (mungkin la kot) Harap-harapnya begitulah..... Amin.
04 December 2011
Doa Buat Alanna
Malam ni sedang melayari blog-blog yang menarik perhatian, saya terjumpa satu blog ini. Doa Buat Alanna. Bagitu tersentuh hati membaca baris demi baris coretan seorang ibu buat anakanda yang tersayang. Alanna Qish telah kembali ke rahmatullah meninggalkan ibu yang sangat menyayanginya pada 5 Jun 2010. Kembalinya Alanna menamatkan penderitaan sakit yang dihidapinya, Gaucher's Deasease Type 2.
Saya tak pernah tahu pun jenis penyakit ini. Tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya. Saya amat yakin pemergiaan Alanna begitu memilukan sehingga ibunya mendedikasikan satu laman blog khusus untuknya. Saya cuba untuk memahami keperitan yang harus ditanggung, kerinduan yang tidak berpenghujung, kasih sayang yang tidak kesampaian. Namun, takdir Allah mengatasi segalanya. Semoga Alanna tenang di sana.
Membaca baris demi baris coretan si ibu membuatkan saya dirudung ketakutan. Sememangnya, saya belum pernah merasakan kehilangan orang-orang tersayang. Baik ibu bapa, suami, anak mahu pun adik beradik. Namun saya pernah membayangkan, andainya ditakdirkan Yang Maha Esa, saya harus kehilangan, bagaimana harus saya menghadapinya.
Suami pernah bergurau, dia yakin akan pergi dahulu meninggalkan saya. Maka lena saya diiringi air mata. Walaupun, adat kehidupan berumah tangga, kadang kala seindah syurga, ada masa di lambung ombak membadai, namun, dia lah segala-galanya. Jika harus kehilangannya, bagaimana kehidupan saya di kemudian hari? Semoga Allah akan memberi saya kekuatan menghadapi dugaan tersebut.
Seorang putera permata hati. Muhammad Imran. Dialah penawar, dialah racun...., dialah intan, dialah payung. Kehidupan saya berseri dengan kehadirannya. Walaupun semasa kecilnya, menghidap asma, tetapi dengan bantuan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital dia membesar dengan sihat. Untuknya, saya korbankan keinginan memasang karpet tebal di dalam rumah. Langsir nipis sekadar melindungi pandangan dari luar dan kucing yang melintas, akan saya usir jauh-jauh. Alhamdulillah, dengan rahmatNya kini, Imran telah sihat sepenuhnya. Pastinya selepas membaca entri Alanna, saya akan lebih menyanyangi dan menghargai kehadirannya dalam hidup saya. Insya'allah segala yang terbaik akan saya korbankan untuknya. Andai ditakdirkan Allah menduga saya, melaluinya............ nauzubillah.... tak mampu untuk saya membayangkan.
Mengenang ibu dan ayah, yang sedang meniti usia emas.... , semoga segala rahmat Allah bersama mereka. Menyayangi mereka dengan seluruh jiwa dan raga, walaupun tidak mampu berkorban untuk mereka, tapi kasih anakanda hingga ke syurga. Andai selama ini, pernah melukakan hati mereka, menyinggung perasaan dengan kata atau tingkah laku.... hanya ampun dan maaf yang dapat dipohon. Doa anakanda buat ayahbonda, selagi nyawa dikandung bandan.
Di kalangan adik beradik pula, walaupun ada yang tercuit hati, terguris rasa..... kasih sayang ini sentiasa ada. Semoga hubungan kita berpanjangan selamanya. Andai ditakdirkan harus kehilangan... itu tandanya, suatu hari nanti, diri ini juga akan dijemputNya kembali.
Buat Ibu Alanna, kehilangan memang memeritkan.... Dugaannya juga tidak tergambar. Semoga sentiasa tabah meniti hari demi hari. Masih ramai lagi yang memerlukan kasih sayang anda dalam kehidupan mereka. Terima kasih atas coretan yang memberi dan membuka ruang kesedaran minda saya untuk lebih menghargai setiap insan yang saya sayangi......

30 November 2011
Bantuan RM500.00
Dalam berita tadi ada disiarkan tentang bantuan RM500.00 buat isi rumah yang berpendapatan RM3000.00 ke bawah. Dimaklumkan bahawa semua warganegara yang layak boleh mendapatkan borang permohonan dari LHDN bermula 10 Dis nanti secara percuma. Permohonan ini berlanjutan selama sebulan. Jadi rakyat yang layak harus mengambil peluang ini.
Sebelum ni pun ramai yang dah bersembang-sembang tentang wang batuan ni. Bertanya-tanya tentang kelayakan diri dan juga cara-caranya. Yang layak memohon adalah ketua rumah, tak kira lah lelaki ke, perempuan ke, suami ke, ibu tunggal, yang menjadi ketua kepada ahli-ahli yang tinggal di dalam rumah yang sama asalkan pendapatan isi rumah dicampur-campur semuanya kurang dari RM3000.00. Tak kira la kerja kerajaan ke, swasta ke atau kerja sendiri.
Bermula 10 Dis ni, pergi aje ke LHDN untuk dapatkan borang, balik rumah isi bagi lengkap, fotostat salinan Mykad, dan hantar ke LHDN/cawangan/sekolah-sekolah terpilih. Selain tu borang juga boleh dimuatnaik dari internet. Tapi jangan sampai tertipu dengan borang palsu dan ejen palsu dah lah. (salinan slip gaji x perlu ke????)
Ada yang berpendapat, bantuan ni kononnya untuk pancing undi PRU13. Ada juga yang kata, setakat RM500.00 tu apa lah sangat. Tapi bagi saya, jika layak, bantuan tu merupakan hak kita dan perlu diambil. Kalau tak nak pun terpulang.... tapi duduk je la diam-diam. Jangan nak komplen pula orang lain yang terima bantuan tu. Dan jangan juga komplen pihak yang memberi.
Bagaimana nak mengurus atau menggunakannya.... terpulang la. Tapi dalam berbelanja mesti ada keutamaan.
Contohnya memenuhi keperluan asas, seperti makan, minum pakai dan sebagainya. yuran persekolahan pula dah dimansuhkan... cuma buku-buku rujukan masih perlu. tapi kan dah dapat RM100.00 setiap anak yang bersekolah. Mungkin boleh top up la sikit-sikit kot mana yang perlu untuk pendidikan. tapi bila dah sampai kat tangan tu terpulang la.... jangan sampai ada yang guna untuk jalan yang salah sudah lah....

15 November 2011
Lesen Memandu ikut tarikh lahir!
Berita TV3 hari ni, Menteri Pengangkutan memaklumkan bahawa orang ramai boleh memperbaharui lesen
memandu mengikut tarikh lahir. Ini ikutan lebih 10% pemegang lesen gagal memperbaharui lesen masing-masing setelah tamat.
Ermmmm.... keadaan ni sama la macam saya. Selalu juga terlupa yang lesen dah mati. Sebelum sedar selamba aje pandu kereta merata tempat. Tapi sedar je lesen dah mati, terus kecut perut. Tapi bila perbaharui lesen mengikut tarikh lahir ni boleh la kot atasi masalah tersebut. Cuma, macam mana ya, kalau tarikh hari lahir pun lupa juga.... tak leh nak tolong lagi dah ni.....

Baharui Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir
15/11/2011 20:11:00Mulai Isnin depan orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu dengan tarikh tamat tempohnya sama dengan tarikh lahir mereka.
Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha kaedah itu diharap dapat menangani masalah lupa memperbaharui lesen berkenaan apabila tamat tempoh.
Ia susulan rekod JPJ lebih sepuluh peratus daripada 11.8 juta pemegang lesen memandu di negara ini tidak aktif atau gagal memperbaharui lesen memandu mereka selepas tarikh tamat.

12 November 2011
Bantuan RM100 kepada pelajar sekolah.
Dalam Bajet 2012 yang lepas, PM telah pun mengumumkan bantuan pendidikan RM100.00 kepada semua pelajar sekolah. Hari ini pula, TPM telah mengumumkan bahawa bantuan tersebut telah pun disalurkan melalui sekolah masing-masing.
Berita ni saya baca di BH Online .Pastinya berita gembira buat semua ibu bapa. Termasuk lah juga saya. Ini membuktikan bahawa Bajet 2012 adalah realistik dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan. Dah la yuran persekolah dimansuhkan, bantuan kewangan pula diberi. Itu belum termasuk bantuan RM500.00 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3000.00. Sesungguhnya, kerajaan memang berusaha keras untuk membantu rakyat jelata dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Difahamkan bahawa bantuan ini diberi bertujuan untuk persediaan persekolahan sesi 2012. Untuk membeli pakaian sekolah dan juga buku-buku dan peralatan persekolahan lainnya. Cuma persoalannya di sini, sejauh manakah pihak kementerian dapat memastikan bahawa wang tersebut digunakan untuk tujuan tersebut. Bukannya apa, pengalaman pernah menguruskan bantuan KWAMP menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa tidak meletakkan pendidikan anak-anak sebagai perkara yang utama. Maka, bantuan yang diterima tidak digunakan untuk tujuan pendidikan sebaliknya memenuhi keperluan lain. Lebih malang lagi, bantuan tersebut digunakan untuk memenuhi kehendak ibu bapa dan mengabaikan pendidikan anak-anak.
Memang diakui, setelah bantuan sampai ke tangan waris, mereka berhak menguruskan wang tersebut. Tetapi selalunya dibelanjakan pada perkara-perkara lain dan pendidikan merupakan perkara terakhir yang diberi perhatian. Ada juga segelintir ibu bapa yang memang akan membelanjakan bantuan tersebut untuk keperluan persekolahn anak-anak, tetapi golongan ini, sekiranya tidak dibantu pun, mereka tetap akan bertungkus lumus menyediakan keperluan persekolahan, yuran dan sebagainya. Cuma bila bantuan diberikan, ia dapat mengurangkan beban mereka. Selebihnya, betul ke membelanjakan wang tersebut demi untuk pendidikan. Apa pun, kesannya pasti dapat dilihat pada awal sesi persekolahan tahun hadapan.
Bantuan yang diberikan memang amat dihargai. Saya yakin, seluruh rakyat Malaysia gembira menerimanya. Cuma, mungkin selepas ini, pihak kementerian boleh memikirkan cara yang lebih baik untuk menyalurkan bantuan kepada pelajar sekolah selain bentuk kewangan. Walau apa pun, terima kasih daun keladi...

29 October 2011
Blog Baru
Sesiapa yang pernah mengikuti blog ini untuk melihat-lihat resepi saya yang tak seberapa, saya nak maklumkan bahawa selepas ini, entri tentang resepi dan juga tips-tips di dapur akan dimuatnaik ke blog Beras Tumpah. Jadi, jemput-jemput la menjenguk ke dapur Beras Tumpah saya. Kita kongsi cerita dan komen di sana........
25 October 2011
Cara-cara membuat roti.
Masa kursus asas masakan hari tu ada belajar cara-cara membuat bun. Tiga jenis semuanya. Flower bun, sweet bun dan twist bun. Yang saya nak kongsi di sini dengna pembaca adalah jenis flower bun sebab rasanya, ini bun favourite sekeluarga. Mudah sahaja caranya.
Bahan-Bahan:
250 gm tepung roti/high protein.
11 gm yis.
45 gm butter/marjerin.
20 gm susu tepung.
40 gm gula.
100 ml air
sebiji telur,
secubit garam.
sepeket sosej.
sayur campur.
sos
mayonis.
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke bekas kecuali air. |
2. Gaulkan semua bahan. |
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati. |
4. Uli sehingga sebati dan bentukkan bulat. Tutup dan biarkan doh hingga mengembang lebih kurang setengah jam. |
Doh yang telah mengambang. |
5. 'Punch' doh tadi perlahan-lahan untuk mengeluarkan udara di dalamnya. |
6. Doh yang telah diuli semula di potong kecil-kecil kepada 10 bahagian. |
7. Bahagian-bahagian kecil tadi dibulatkan dan diletakkan ke tepi. |
8. Ambil seketul doh, canaikan bulat dengan ketebalan lebih kurang 1/2 cm. Letakkan sosej dan gulung. Untuk saiz ini, gunakan separuh sahaja sosej. |
Doh yang telah siap digulung. |
9. Dengan menggunakan pisau, potong serong gulungan tadi nipis-nipis sehingga putus bahagian sosej. |
10. Tegakkan gulungan tadi dan bentukkan kelopak dengan menarik adunan ke atas, kiri dan kanan berselang-seli hingga habis. |
11. Letakkan bun yang telah siap dibentuk ke atas kertas pelapik dan susun di atas dulang pembakar. (jangan letak rapat sebab roti akan mengembang) |
12. Taburkan sayur campur. |
13. Letakkan sos dan mayonis. Biarkan mengembang lebih kurang 10 minit sebelum dibakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 160 darjah Celsius. |
Flower bun sedia untuk dihidangkan. |
Sesuai dihidangkan pada waktu petang atau majlis keramaian. Kos yang saya gunakan untk menyiapkan 10 biji bun ini cuma lebih kurang RM8.00 sahaja.
13 October 2011
Kecemasan di Highway!!!
Kali ni nak share pengalaman mencemaskan ketika sedang memandu di highway. Bagi orang lain mungkin ini perkara biasa. Tapi bagi saya yang tak berapa cekap ni, memang menggelabah habis.
Kisahnya, saya dalam perjalan pulang dari BTPN Kedah selepas habis berkursus 3 hari. Nasib saya sangat baik kerana ada "coursemate" yang nak tumpang. Jadi adalah teman. Naik saja Plaza Tol Alor Star Utara, saya dah mula rasa lain macam. Stereng kereta macam bergoyang. Mungkin sebab jalan tak rata, fikir dalam hati. Tak jauh menyusur masuk ke highway, tiba-tiba ada bunyi pelik kedengaran.
"Bunyi apa ya?" tanya saya pada tema di sebelah.
"Tayar pancit kot!" katanya.
Alamak!!! Saya terus memberhentikan kereta di tepi highway dan terus keluar. Subhanallah, tayar kereta dah terkeluar habis dari rim. (tak sempat nak snap gambar sebab gabra)
"Alamak kak, tayar pancit la. Macam mana ni?" saya mulai kecut perut. Perjalanan masih jauh. Terus capai telefon dan call suami.
"Pancit kat mana?" tanya suami.
"Kat Alor Star lagi, baru naik tol," jawab saya.
"Jauh tu," balas suami. Pada masa yang sama saya terlihat sebuah kereta yang rosak diseberang jalan kira-kira 200m di hadapan. Di belakangnya ada jip peronda lebuhraya. Alhamdulillah.
"Tak pe bang, ni nampak ada peronda plus, minta tolong diaorang dulu lah," pantas mencari jalan penyelesaian.
"Apa-apa pun telefon balik. Hati-hati, kereta banyak semua laju-laju," pesan suami.
"Kak, saya nak panggil peronda kat depan sanalah, kak tunggu dalam kereta kejap ya," meninggalkan pesan pada teman.
"Ok, tapi hati-hati," balasnya. Saya pun terus berjalan sambil berlari-lari anak ke hadapan. Bila laluan agak lengang, saya melintas untuk ke seberang sambil melambai-lambai pada peronda tersebut. Nampak je saya peronda tersebut terus mangarahkan saya kembali ke kereta dengan memberi isyarat tangan.
"Alamak, dia faham ke yang kereta aku rosak," gumam dalam hati.
"Nanti kami pi," jerit peronda tersebut. Mengendurkan rasa cemas di hati.
Saya pun terus melintas kembali dan berjalan menuju ke kereta.
"Kak, nanti diaorang datang, kita tunggu kat luar dulu ya," sambil membuka pintu dan mematikan enjin.
"Nasib baik ada peronda," kata teman tadi.
"Tu lah, nasib kita agaknya. Macam mana lah boleh jadi macam ni," masih lagi cemas, gelabah dan risau.
Lebih kurang sepuluh minit berlalu, peronda tersebut sampai dan berhenti di seberang jalan. Sambil melintas jalan, "Kak, lain kali jangan buat macam tu, bahaya kak ai," tegur peronda pertama.
"Saya takut nanti encik jalan terus, tu yang saya pi panggil," saya menjawap perlahan.
"Kak jangan risau, apa-apa hal kat highway, 24 jam kami ada, apa masalahnya?" tanya peronda kedua.
"Kereta saya tiba-tiba pancit. Saya panik, tak tau nak buat apa. Nak menangis pun ada," saya membalas.
"Tak pa kak, kalau siang-siang macam ni, tak payah risau. Lain kali kak keluar daripada kereta duduk kat tepi atas rumput ni. Jangan lintas jalan macam tadi bahaya," tegur peronda tadi.
"Macam mana boleh jadi macam ni, tayar kak baru lagi ni! Ada tayar spare tak?" peronda tadi terus bertanya.
"Entahlah. Tiba-tiba ja encik. Insya'allah, rasa tayar spare ada dalam bonet," jawap saya sambil membuka bonet.
"Nasib baik encik ada, saya memang dah takut tadi, kalau encik takde, tak tau saya nak buat apa," terus menyambung. Teman saya terus tersenyum. Peronda kedua tadi terus mengeluarkan tayar spare dan peralatan dari bonet dan memulakan kerja menggantikan tayar. Syukur tayar spare dan peralatan lengkap dalam bonet.
"Lain kali kak jangan panik. Selalu kami jumpa pemandu perempuan yang macam ni. Ada tu bila kereta rosak di laluan kanan, pemandu duduk tunggu dalam kereta. Tak boleh macam tu kak. Bahaya. Kereta boleh beli lain tapi nyawa tak boleh kak. Lain kali, keluar daripada kereta tunggu kat tepi," ujar peronda tu lagi.
"Saya bukan apa, gelabah sangat tadi. Tak pernah jadi macam ni. Saya takut nanti kalau tak panggil encik pi terus macam tu aje." saya terus membela diri.
"Kak, semua kereta yang berhenti kat highway ni kami akan check. Kalau ada orang laki bini bergaduh pun kami turun tolong juga. Highway ni bahaya," ujarnya terus.
Saya dan teman terus memerhati prose menukar tayar.
"Tu la, nasib baik encik ada. Lain kali, kalau jadi macam ni lagi, encik tak lalu saya nak buat macam mana?" saya meminta nasihat.
"Macam ni kak. Ada 3 cara. Pertama, guna telefon kak, call hotline kami yang ada tulis kat tiket tol. Bagitahu masalah kak dan lokasi kejadian. Macam kat sini, kilometer 46. Ada tulis kat papan putih tu. Kedua, setiap 2 kilometer, ada telefon. Kak cari telefon tu dan telefon hotline bagitahu. Yang ketiga pula, kak tunggu ja kat tepi. Kami mesti lalu. Cuma lambat dengan cepat ja," terang peronda tu panjang lebar.
"Oooo, macam tu, lega la sikit. Apa pun terima kasih banyak-banyak. Kalau encik tak de memang susah la saya." mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberi.
Selesai je menukar tayar, peronda kedua terus berkata, "ni pun tak boleh jalan jauh sangat ni, seelok-eloknya kak turun tol di depan dan cari kedai tukar tayar. Tayar spare kak pun tak berapa elok sangat ni."
"Insya'allah, sat lagi saya turun tol depan tukar tayar. Terima kasih banya-banyak encik," saya membalas.
"Kak simpan balik beg, masuk dalam kereta dulu. Jalan ke depan baru susur masuk. Lain kali jangan lintas jalan lagi." pesan peronda tadi.
"Terima kasih banyak-banyak encik sebab tolong saya." terus menelefon suami memaklumkan keadaan saya .Peronda tadi terus menunggu saya masuk ke dalam kereta dan memberi isyarat supaya bergerak.
Syukur alhamdulillah. Semuanya selamat. Untuk kedua-dua peronda tadi, terima kasih atas bantuan yang di beri walau pun itu memang tanggungjawab mereka. Semoga kebaikan Encik berdua di balas ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah s.w.t. Saya pun tak terlintas di fikiran memberikan apa-apa pada mereka. Dalam keadaan macam tu, di saat kita memerlukan bantuan tak salah rasanya memberikan sesuatu tanda terima kasih.
Semoga lepas ini saya lebih berhati-hati dan tak mudah panik lagi sebab dah tahu bantuan akan sampai juga.

12 September 2011
04 July 2011
Time Tunnel Galeri.
Masa bercuti di Cameron Highland hari tu, sempat juga masuk ke Time Tunnel Galeri. Banyak benda yang ada tersimpan di situ. Benda-banda lama yang kita dah jarang tengok sekarang.
Seterika arang. |
Suasana dapur lama. |
Dapur minyak tanah dan lesung kayu. Alamakkkkk.... lifebuoy, dah lama rupanya. |
Mesin jahit. |
Pengisar, lesung batu dan batu giling. |
Penyukat - cupak dan gantang. |
Pengisar kopi. |
Dulang pelbagai saiz. |
Mesin wang. |
Kukur kelapa. |
29 June 2011
Cameron Highlands
Akhirnya, setelah puas memujuk suami tersayang, dapat juga saya jejakkan kaki ke tanah tinggi Cameron ni. Sebelum ni cuma dengar cerita orang aje, tapi hari ni saya dah sampai ke sini.
Dalam perjalanan pulang dari Melaka, mengikut susur keluar Simpang Pulai, kami mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke Cameron Highlands. Kawasan tanah tinggi yang terletak di Banjaran Titiwangsa ini merupakan salah satu daripada daerah kecil dalam negeri Pahang Darul Makmur. Dengan ketinggian 1500 m dari aras laut, suhunya boleh mencecah serendah 16 ˚C pada masa-masa tertentu. Semua umum telah mengetahui yang Cameron Highland ni sangat terkenal dengan ladang teh dan bunga-bungaan di samping strawbery dan juga sayur-sayuran.
Ketibaan kami di Brinchang, dalam keadaan hujan renyai-renyai sangat mengujakan perasaan. Apatah lagi apabila mata disajikan dengan pemandangan hijau yang indah. Ladang-ladang dan juga tumbuhan liar di kiri kanan jalan sungguh menarik perhatian. Tambahan pula pokok-pokok orkid liar tumbuh tinggi dan meliuk-liuk seperti melambai ke arah pengunjung yang datang.
Sampai je, terus cari hotel untuk menginap, tapi parking pula susah sangat. Hotel banyak, tapi parking nak letak kereta tak de. Tak haru ke? Takkan nak parking jauh-jauh. Last sekali dapat juga parking walaupun bukan dalam petak yang sah.
Check in kat Jasmine Hotel. Bayaran???? Berpatutan la RM138.00 untuk double bed. Sebab perut pun dah berkeroncong, terus aje ke restoran kat bawah hotel. Nampak ada menu Nasi Goreng Cameron terus order. Banyaknye sayur..... patut la nama pun Cameron. Sedap juga! Tempat makan di sini rasanya tak de masalah........

Malam lepas maghrib, redah juga hujan untuk ke Bazaar Majlis Daerah di hadapan hotel. Cuci mata!!! Dari baju, topi, bantal, keychain sampai la selipar, semuanya bermotifkan strawbery. Kat pasar malam yang berdekatan pun sama juga. Makanan apatah lagi. Kebanyakannya berasaskan makanan segar dari tanah Cameron. Kantoi juga baju sejuk sehelai dek penangan anak teruna sorang.
Sempat juga singgah ke CT craft di hadapan hotel...... cantik-cantik semuanya. Tapi tengok-tengok aje.
Pagi-pagi lepas check out, sampai je kat kereta..... alamakkkkkkkkkkk...... kereta dah kena taji.... hu hu hu..
Dalam perjalanan turun baru singgah kat tempat-tempat menarik di Cameron. Seronoknyaaaa!!!!!!!
Pelbagai jenis kaktus. |
Segarnya tomato... |
Di atas para.... |
Bergantungan..... |
Tumbuh suburrrrr.... |
Macam mana pun mesti nak posing... |
Kat Avant Chocolate Factory - macam-macam perisa coklat yang ada. |
Lepas ni tak pasti lagi bila boleh sampai lagi kat sini. Insya'Allah, panjang umur, ada rezeki pasti datang lagi.
12 June 2011
Kesan penggunaan microwave.
Hari ni tetiba aje ada sorang kawan mempertikaikan tentang penggunaan microwave terhadap kesihatan. Secara tak langsung terlintas juga di fikiran. Ada kesan buruk ke???? Jadi balik rumah terus layari internet dan penemuan agak menggerunkan......
Dari halaman http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12414.0 ini yang saya temui:
Hasil kajian menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?
Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang berasaskan daripada fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
• Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia ‘memendekkan’ utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
• Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
• Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro .
• Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
• Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
• Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
• Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
• Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.. Fikirkan… Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku ‘haruan makan anak’ serta amalan seks luar tabi’i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina -perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?
Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.
Aduhhhh... parah la kalau macam ni.... sebab makanan yang di makan itu lah yang akan menjadi darah daging dan menjadi faktor kepada banyak perkara termasuk keimanan.

29 May 2011
Ladang Anggur Tasik Beris.
Masa perkhemahan unit beruniform di Kem Sri Ternas, hari tu sempat juga meluangkan masa melawat ladang anggur yang berdekatan. Ladang anggur milik bumiputera ini terletak di Kampung Ternas, Sik mempunyai keluasan lebih kurang 4 ekar dan diuruskan oleh Excel Agrotech Sdn. Bhd. Ia mula dibuka pada November 2007. Teruja nak melihat sendiri gugusan anggur yang bergantungan di rantingnya. Lagipun, setahu saya anggur ni biasanya di tanam di negara-negara yang mempunyai iklim 4 musim sahaja. Dan banyak komen yang didengari, anggur yang ditanam kat Malaysia ni, saiznya kecil, rasanya masam dan paling sedih, rakan-rakan selalu komen pokok anggur diaorang tak berbuah. Jadi, hari ni ada la peluang untuk melihat sendiri kebenaran komen-komen tersebut.
Dari kem ikut jalan pintas pintu pagar belakang aje berjalan bersama kawan-kawan.
Sempat posing lagi dengan pemandangan tasik dan bukit-bukau yang indah. |
Dah sampai. Selamat datang ke Ladang Anggur Tasik Beris. |
Alamak, pintu terkunci pulakkkk.... |
Haaaa... pintu yang ni terbuka. |
Oooooo.... rupa-rupanya pengunjung hanya dibenarkan melawat ke bahagian tertentu sahaja. Sebelum tu kena beli tiket dulu kat kaunter. Harga? RM3.00 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak. Boleh lah!!! Masa lawatan dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Antara jenis anggur yang ditanam di sini ialah Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Lose Plite.
Masuk je terus pegang anggur dulu. |
Pemandangan di dalam rumah semaian. |
Satu-satunya gugusan anggur merah yang ditemui. |
Last pose sebelum keluar. |
Para pengunjung yang datang boleh juga mendapatkan buah tangan yang dijual di kedai yang disediakan. Anggur yang telah dipetik dijual dengan harga RM12.50 bagi setiap 500 gram. Selain itu ada juga dijual pelbagai produk berasaskan anggur seperti jus, jem dan juga kek. Rasa anggurnya..... ermmmm..... memang manis!!!
Tahniah diucapkan kepada Encik Amiruddin Malik di atas kejayaan mengusaha dan membuka ladang anggur ini.
Sedikit tips untuk rakan-rakan yang menanam anggur, biasanya pohon anggur akan mengeluarkan tunas yang akan berbunga dan seterusnya berbuah setelah daunnya gugur pada musim gugur. Disebabkan Malaysia dengan iklim khatulistiwa, jadi daun-daun anggur kat sini memang la takkan gugur. Oleh itu, daun-daun tersebut perlu dibuang sendiri dengan menggunakan tenaga manusia. Sebab tu la kot, anggur kat rumah tu tak berbuah. Boleh la cuba selepas ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pelaksanaan SBPA
Sbpa gaji guru
View more presentations from Nadzari Baharom