Malam ni sedang melayari blog-blog yang menarik perhatian, saya terjumpa satu blog ini. Doa Buat Alanna. Bagitu tersentuh hati membaca baris demi baris coretan seorang ibu buat anakanda yang tersayang. Alanna Qish telah kembali ke rahmatullah meninggalkan ibu yang sangat menyayanginya pada 5 Jun 2010. Kembalinya Alanna menamatkan penderitaan sakit yang dihidapinya, Gaucher's Deasease Type 2.
Saya tak pernah tahu pun jenis penyakit ini. Tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya. Saya amat yakin pemergiaan Alanna begitu memilukan sehingga ibunya mendedikasikan satu laman blog khusus untuknya. Saya cuba untuk memahami keperitan yang harus ditanggung, kerinduan yang tidak berpenghujung, kasih sayang yang tidak kesampaian. Namun, takdir Allah mengatasi segalanya. Semoga Alanna tenang di sana.
Membaca baris demi baris coretan si ibu membuatkan saya dirudung ketakutan. Sememangnya, saya belum pernah merasakan kehilangan orang-orang tersayang. Baik ibu bapa, suami, anak mahu pun adik beradik. Namun saya pernah membayangkan, andainya ditakdirkan Yang Maha Esa, saya harus kehilangan, bagaimana harus saya menghadapinya.
Suami pernah bergurau, dia yakin akan pergi dahulu meninggalkan saya. Maka lena saya diiringi air mata. Walaupun, adat kehidupan berumah tangga, kadang kala seindah syurga, ada masa di lambung ombak membadai, namun, dia lah segala-galanya. Jika harus kehilangannya, bagaimana kehidupan saya di kemudian hari? Semoga Allah akan memberi saya kekuatan menghadapi dugaan tersebut.
Seorang putera permata hati. Muhammad Imran. Dialah penawar, dialah racun...., dialah intan, dialah payung. Kehidupan saya berseri dengan kehadirannya. Walaupun semasa kecilnya, menghidap asma, tetapi dengan bantuan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital dia membesar dengan sihat. Untuknya, saya korbankan keinginan memasang karpet tebal di dalam rumah. Langsir nipis sekadar melindungi pandangan dari luar dan kucing yang melintas, akan saya usir jauh-jauh. Alhamdulillah, dengan rahmatNya kini, Imran telah sihat sepenuhnya. Pastinya selepas membaca entri Alanna, saya akan lebih menyanyangi dan menghargai kehadirannya dalam hidup saya. Insya'allah segala yang terbaik akan saya korbankan untuknya. Andai ditakdirkan Allah menduga saya, melaluinya............ nauzubillah.... tak mampu untuk saya membayangkan.
Mengenang ibu dan ayah, yang sedang meniti usia emas.... , semoga segala rahmat Allah bersama mereka. Menyayangi mereka dengan seluruh jiwa dan raga, walaupun tidak mampu berkorban untuk mereka, tapi kasih anakanda hingga ke syurga. Andai selama ini, pernah melukakan hati mereka, menyinggung perasaan dengan kata atau tingkah laku.... hanya ampun dan maaf yang dapat dipohon. Doa anakanda buat ayahbonda, selagi nyawa dikandung bandan.
Di kalangan adik beradik pula, walaupun ada yang tercuit hati, terguris rasa..... kasih sayang ini sentiasa ada. Semoga hubungan kita berpanjangan selamanya. Andai ditakdirkan harus kehilangan... itu tandanya, suatu hari nanti, diri ini juga akan dijemputNya kembali.
Buat Ibu Alanna, kehilangan memang memeritkan.... Dugaannya juga tidak tergambar. Semoga sentiasa tabah meniti hari demi hari. Masih ramai lagi yang memerlukan kasih sayang anda dalam kehidupan mereka. Terima kasih atas coretan yang memberi dan membuka ruang kesedaran minda saya untuk lebih menghargai setiap insan yang saya sayangi......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pelaksanaan SBPA
Sbpa gaji guru
View more presentations from Nadzari Baharom
Lately asyik teringat dekat mak dan pak jer... Cakap dengan My En Hubby, teringin nak balik kampung.. Tapi apa kan daya My En Hubby ada kelas + faktor kewangan yang sedang meruncing sekarang nih.. Bila call dapat ckp dengan pak jer.. kadang2 mak tak der kat umah.. g kenduri.. kadang-kadang pak kat luar. huhuhu.. Nasib baik 10 Dec 2011 ni adik ipar nak bertunang dengan utara. Tetiba My En Hubby tanya... nak balik tak... isssskkkk apa lagi... terus meloncat sampai ke bumbung..
ReplyDeleteAlhamdulillah, mak n pak sihat... cuma biasa la letih sikit2, lenguh sana sini. Itu aje... Berdoa lah selalu utk diaorg.
ReplyDelete