Blogger Templates

Resipi

Daging lemak kuning.



Daging lemak kuning.
Bahan-Bahan
1/2 kilo daging.
100gm pati santan kelapa.
5 biji ubi kentang.
10 biji cili padi.
1 labu bawang besar.
1 sudu teh jintan manis.
1 sudu teh biji ketumbar.
1/2 sudu teh serbuk kunyit.
1 liter air.
garam secukup rasa.

Cara-cara:
1.  Bersihkan daging dan dihiris nipis-nipis.
2.  Ubi kentang di potong dadu.
3.  Cili padi, bwang besar, jintan manis dan biji ketumbar dikisar halus.
4.  Campurkan air, bahan yang dikisar dan daging ke dalam periuk dan direbus sehingga empuk.
5.  Masukkan kentang.
6.  Apabila kentang empuk, masukkan pati santan, dan garam secukup rasa.
7.  Renihkan hingga mendidih dan angkat.
****************************************
Kangkung goreng belacan.


Kangkung Goreng Belacan.
Bahan-Bahan.
1/2 kilo kangkung.
2 biji cili merah.
selabu bawang besar.
5 ulas bawang putih.
segenggam ikan bilis.
seketul belacan (sebesar ibu jari)
minyak untuk menumis.
garam secukup rasa.



Cara-cara :
1.  Kangkung dibersih dan dipotong.
2.  Cili merah, bawang besar, bawang putih, belacan dan ikan bilis ditumbuk kasar.
3.  Panaskan minyak dan tuniskan bahan yang ditumbuk hingga garing.
4.  Masukkan kangkung, sedikit air dan garam secukup rasa.
5.  Goreng hingga sebati dan masak.

************************************************


Teh Tarik Ais.

Bahan-bahan (1 gelas)

2 uncang teh lipton.
2 sudu besar susu pekat.
2 sudu besar susu cair.
1 cawan air didih.
1 cawan ais kiub.

Cara:

1.  Rendamkan teh ke dalam air didih.
2.  Masukkan susu pekat dan susu cair.
3.  Tarik menggunakan koleh.
4.  Masukkan ais kiub.


***************************************
Udang Goreng Tepung

Bahan-bahan:
1/2 kilo udang bersaiz sederhana besar.
1 biji telur.
1 mangkuk tepung goreng ayam.
secubit garam.
minyak untuk menggoreng.

Langkah-langkah:
1.  Bersihkan udang.
2.  Perapkan udang dengan garam lebih kurang 10 minit.
3.  Panaskan minyak.
4.  Celupkan udang ke dalam telur dan diikuti dengan tepung.
5.  Goreng sehingga masak dan kekunig-kuningan.
6.  Siap untuk disajikan.


Pelaksanaan SBPA