Blogger Templates

Petua


Menghilangkan asma atau penat.

Semasa kecil anak saya menghidap asma.  Setiap kali diserang asma, saya perlu membawanya ke klinik untuk menyedut gas.  Kadangkala bekalan inhaler yang ada tak mencukupi untuk dia.  Suatu hari, ketika awal pagi di sebuah klinik, seorang doktor telah memberi petua ini kepada saya.  Alhamdulillah, asma anak saya berkurangan.  Jadi saya ingin kongsi bersama khasiat madu lebah ini untuk penghidap asma.

1 sudu teh madu.
secubit serbuk lada hitam.

Taburkan lada hitam di atas madu dan dimakan pada setiap awal pagi.

Kesannya pada kanak-kanak, mungkin cirit birit pada permulaannya.

******************************************************************
Menghilangkan kelemumur di kepala.

Imej dari wikipedia.org
Limau nipis mudah didapati.  Sering digunakan dalam penyediaan makanan dan enak di minum sebagai jus.  Selain itu, limau nipis juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah kelemumur.
Caranya:
1.  Ambil 2 - 3 biji limau nipis, dan dipotong.
2.  Basahkan kepala dengan air bersih.
3.  Gosokkan limau nipis tadi ke seluruh bahagian kepala sehingga rata.
4.  Bungkus kepala dengan tuala dan biarkan selama 10 minit.
5.  Akhir sekali, bilas kepala hingga bersih dan keringkan rambut.
Selamat mencuba!

Pelaksanaan SBPA