Blogger Templates

30 November 2011

Bantuan RM500.00

Dalam berita tadi ada disiarkan tentang bantuan RM500.00 buat isi rumah yang berpendapatan RM3000.00 ke bawah.  Dimaklumkan bahawa semua warganegara yang layak boleh mendapatkan borang permohonan dari LHDN bermula 10 Dis nanti secara percuma.  Permohonan ini berlanjutan selama sebulan.  Jadi rakyat yang layak harus mengambil peluang ini.

Sebelum ni pun ramai yang dah bersembang-sembang tentang wang batuan ni.  Bertanya-tanya tentang kelayakan diri dan juga cara-caranya.  Yang layak memohon adalah ketua rumah, tak kira lah lelaki ke, perempuan ke, suami ke, ibu tunggal, yang menjadi ketua kepada ahli-ahli yang tinggal di dalam rumah yang sama asalkan pendapatan isi rumah dicampur-campur semuanya kurang dari RM3000.00.  Tak kira la kerja kerajaan ke, swasta ke atau kerja sendiri.

Bermula 10 Dis ni, pergi aje ke LHDN untuk dapatkan borang, balik rumah isi bagi lengkap, fotostat salinan Mykad, dan hantar ke LHDN/cawangan/sekolah-sekolah terpilih.  Selain tu borang juga boleh dimuatnaik dari internet.  Tapi jangan sampai tertipu dengan borang palsu dan ejen palsu dah lah. (salinan slip gaji x perlu ke????)

Ada yang berpendapat, bantuan ni kononnya untuk pancing undi PRU13.  Ada juga yang kata, setakat RM500.00 tu apa lah sangat.  Tapi bagi saya, jika layak, bantuan tu merupakan hak kita dan perlu diambil.  Kalau tak nak pun terpulang.... tapi duduk je la diam-diam.  Jangan nak komplen pula orang lain yang terima bantuan tu.  Dan jangan juga komplen pihak yang memberi.

Bagaimana nak mengurus atau menggunakannya.... terpulang la.  Tapi dalam berbelanja mesti ada keutamaan.  
Contohnya memenuhi keperluan asas, seperti makan, minum pakai dan sebagainya.  yuran persekolahan pula dah dimansuhkan... cuma buku-buku rujukan masih perlu.  tapi kan dah dapat RM100.00 setiap anak yang bersekolah.  Mungkin boleh top up la sikit-sikit kot mana yang perlu untuk pendidikan.  tapi bila dah sampai kat tangan tu terpulang la.... jangan sampai ada yang guna untuk jalan yang salah sudah lah....

15 November 2011

Lesen Memandu ikut tarikh lahir!

Berita TV3 hari ni, Menteri Pengangkutan memaklumkan bahawa orang ramai boleh memperbaharui lesen
memandu mengikut tarikh lahir.  Ini ikutan lebih 10% pemegang lesen gagal memperbaharui lesen masing-masing setelah tamat.

Ermmmm.... keadaan ni sama la macam saya.  Selalu juga terlupa yang lesen dah mati.  Sebelum sedar selamba aje pandu kereta merata tempat.  Tapi sedar je lesen dah mati, terus kecut perut.  Tapi bila perbaharui lesen mengikut tarikh lahir ni boleh la kot atasi masalah tersebut.  Cuma, macam mana ya, kalau tarikh hari lahir pun lupa juga.... tak leh nak tolong lagi dah ni.....


Baharui Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir

15/11/2011 20:11:00 

Mulai Isnin depan orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu dengan tarikh tamat tempohnya sama dengan tarikh lahir mereka.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha kaedah itu diharap dapat menangani masalah lupa memperbaharui lesen berkenaan apabila tamat tempoh.

Ia susulan rekod JPJ lebih sepuluh peratus daripada 11.8 juta pemegang lesen memandu di negara ini  tidak aktif atau gagal memperbaharui lesen memandu mereka selepas tarikh tamat.

12 November 2011

Bantuan RM100 kepada pelajar sekolah.

Dalam Bajet 2012 yang lepas, PM telah pun mengumumkan bantuan pendidikan RM100.00 kepada semua pelajar sekolah.  Hari ini pula, TPM telah mengumumkan bahawa bantuan tersebut telah pun disalurkan melalui sekolah masing-masing.

Berita ni saya baca di BH Online .Pastinya berita gembira buat semua ibu bapa.  Termasuk lah juga saya.  Ini membuktikan bahawa Bajet 2012 adalah realistik dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan.  Dah la yuran persekolah dimansuhkan, bantuan kewangan pula diberi.  Itu belum termasuk bantuan RM500.00 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3000.00. Sesungguhnya, kerajaan memang berusaha keras untuk membantu rakyat jelata dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Difahamkan bahawa bantuan ini diberi bertujuan untuk persediaan persekolahan sesi 2012.  Untuk membeli pakaian sekolah dan juga buku-buku dan peralatan persekolahan lainnya.  Cuma persoalannya di sini, sejauh manakah pihak kementerian dapat memastikan bahawa wang tersebut digunakan untuk tujuan tersebut.  Bukannya apa, pengalaman pernah menguruskan bantuan KWAMP menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa tidak meletakkan pendidikan anak-anak sebagai perkara yang utama.  Maka, bantuan yang diterima tidak digunakan untuk tujuan pendidikan sebaliknya memenuhi keperluan lain.  Lebih malang lagi, bantuan tersebut digunakan untuk memenuhi kehendak ibu bapa dan mengabaikan pendidikan anak-anak.

Memang diakui, setelah bantuan sampai ke tangan waris, mereka berhak menguruskan wang tersebut.  Tetapi selalunya dibelanjakan pada perkara-perkara lain dan pendidikan merupakan perkara terakhir yang diberi perhatian.  Ada juga segelintir ibu bapa yang memang akan membelanjakan bantuan tersebut untuk keperluan persekolahn anak-anak, tetapi golongan ini, sekiranya tidak dibantu pun, mereka tetap akan bertungkus lumus menyediakan keperluan persekolahan, yuran dan sebagainya.  Cuma bila bantuan diberikan, ia dapat mengurangkan beban mereka.  Selebihnya, betul ke membelanjakan wang tersebut demi untuk pendidikan.  Apa pun, kesannya pasti dapat dilihat pada awal sesi persekolahan tahun hadapan.

Bantuan yang diberikan memang amat dihargai.  Saya yakin, seluruh rakyat Malaysia gembira menerimanya.  Cuma, mungkin selepas ini, pihak kementerian boleh memikirkan cara yang lebih baik untuk menyalurkan bantuan kepada pelajar sekolah selain bentuk kewangan.  Walau apa pun, terima kasih daun keladi...

Pelaksanaan SBPA