Dalam Bajet 2012 yang lepas, PM telah pun mengumumkan bantuan pendidikan RM100.00 kepada semua pelajar sekolah. Hari ini pula, TPM telah mengumumkan bahawa bantuan tersebut telah pun disalurkan melalui sekolah masing-masing.
Berita ni saya baca di BH Online .Pastinya berita gembira buat semua ibu bapa. Termasuk lah juga saya. Ini membuktikan bahawa Bajet 2012 adalah realistik dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan. Dah la yuran persekolah dimansuhkan, bantuan kewangan pula diberi. Itu belum termasuk bantuan RM500.00 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3000.00. Sesungguhnya, kerajaan memang berusaha keras untuk membantu rakyat jelata dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Difahamkan bahawa bantuan ini diberi bertujuan untuk persediaan persekolahan sesi 2012. Untuk membeli pakaian sekolah dan juga buku-buku dan peralatan persekolahan lainnya. Cuma persoalannya di sini, sejauh manakah pihak kementerian dapat memastikan bahawa wang tersebut digunakan untuk tujuan tersebut. Bukannya apa, pengalaman pernah menguruskan bantuan KWAMP menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa tidak meletakkan pendidikan anak-anak sebagai perkara yang utama. Maka, bantuan yang diterima tidak digunakan untuk tujuan pendidikan sebaliknya memenuhi keperluan lain. Lebih malang lagi, bantuan tersebut digunakan untuk memenuhi kehendak ibu bapa dan mengabaikan pendidikan anak-anak.
Memang diakui, setelah bantuan sampai ke tangan waris, mereka berhak menguruskan wang tersebut. Tetapi selalunya dibelanjakan pada perkara-perkara lain dan pendidikan merupakan perkara terakhir yang diberi perhatian. Ada juga segelintir ibu bapa yang memang akan membelanjakan bantuan tersebut untuk keperluan persekolahn anak-anak, tetapi golongan ini, sekiranya tidak dibantu pun, mereka tetap akan bertungkus lumus menyediakan keperluan persekolahan, yuran dan sebagainya. Cuma bila bantuan diberikan, ia dapat mengurangkan beban mereka. Selebihnya, betul ke membelanjakan wang tersebut demi untuk pendidikan. Apa pun, kesannya pasti dapat dilihat pada awal sesi persekolahan tahun hadapan.
Bantuan yang diberikan memang amat dihargai. Saya yakin, seluruh rakyat Malaysia gembira menerimanya. Cuma, mungkin selepas ini, pihak kementerian boleh memikirkan cara yang lebih baik untuk menyalurkan bantuan kepada pelajar sekolah selain bentuk kewangan. Walau apa pun, terima kasih daun keladi...
12 November 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pelaksanaan SBPA
Sbpa gaji guru
View more presentations from Nadzari Baharom
No comments:
Post a Comment