Dalam berita tadi ada disiarkan tentang bantuan RM500.00 buat isi rumah yang berpendapatan RM3000.00 ke bawah. Dimaklumkan bahawa semua warganegara yang layak boleh mendapatkan borang permohonan dari LHDN bermula 10 Dis nanti secara percuma. Permohonan ini berlanjutan selama sebulan. Jadi rakyat yang layak harus mengambil peluang ini.
Sebelum ni pun ramai yang dah bersembang-sembang tentang wang batuan ni. Bertanya-tanya tentang kelayakan diri dan juga cara-caranya. Yang layak memohon adalah ketua rumah, tak kira lah lelaki ke, perempuan ke, suami ke, ibu tunggal, yang menjadi ketua kepada ahli-ahli yang tinggal di dalam rumah yang sama asalkan pendapatan isi rumah dicampur-campur semuanya kurang dari RM3000.00. Tak kira la kerja kerajaan ke, swasta ke atau kerja sendiri.
Bermula 10 Dis ni, pergi aje ke LHDN untuk dapatkan borang, balik rumah isi bagi lengkap, fotostat salinan Mykad, dan hantar ke LHDN/cawangan/sekolah-sekolah terpilih. Selain tu borang juga boleh dimuatnaik dari internet. Tapi jangan sampai tertipu dengan borang palsu dan ejen palsu dah lah. (salinan slip gaji x perlu ke????)
Ada yang berpendapat, bantuan ni kononnya untuk pancing undi PRU13. Ada juga yang kata, setakat RM500.00 tu apa lah sangat. Tapi bagi saya, jika layak, bantuan tu merupakan hak kita dan perlu diambil. Kalau tak nak pun terpulang.... tapi duduk je la diam-diam. Jangan nak komplen pula orang lain yang terima bantuan tu. Dan jangan juga komplen pihak yang memberi.
Bagaimana nak mengurus atau menggunakannya.... terpulang la. Tapi dalam berbelanja mesti ada keutamaan.
Contohnya memenuhi keperluan asas, seperti makan, minum pakai dan sebagainya. yuran persekolahan pula dah dimansuhkan... cuma buku-buku rujukan masih perlu. tapi kan dah dapat RM100.00 setiap anak yang bersekolah. Mungkin boleh top up la sikit-sikit kot mana yang perlu untuk pendidikan. tapi bila dah sampai kat tangan tu terpulang la.... jangan sampai ada yang guna untuk jalan yang salah sudah lah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pelaksanaan SBPA
Sbpa gaji guru
View more presentations from Nadzari Baharom
walaupun pada pendapat sesetengah pihak RM500 tu hanya satu jumlah yang sikit tapi pada aku, kalau RM500 didarabkan dengan bil rakyat yang layak memohon jumlahnya adalah satu jumlah yang besar.. dan Kos perbelajaan yang dikeluarkan adlah besar.. So... bila kita diberi peluang ini just grab, bukan senang nak dapat bantuan dalam bentuk wang rinngit, selalunya bantuan diberi kebanyakkannya dalam bentuk kemudahan dan infrastruktur sahaja.
ReplyDeletedapat2 tu bersyukur je... rena
ReplyDeletetapi khabarnya semlm 1 Dis LHDN dah kena serbu.... padahal dlm berita dah jelas 10 Dis...
ReplyDelete