Blogger Templates

31 January 2011

Pin comel!

Semasa sedang mencari-cari fesyen untuk muslimah, saya termasuk ke laman Mentari Fashion & Accessories.  Wahhh!!!! Cantiknya pin.  Macam-macam bentuk ada.  Yang bestnya ada bentuk-bentuk kreatif sepeti logo "facebook", "YouTube", "Google" dan juga watak-watak animasi kartun yang comel.  Design yang paling saya suka, pin berbetuk reben.  Nampak trendy dan cute!

Pin dengan bentuk logo dan watak animasi.

Yang paling saya minat, bentuk reben!

Pelbagai bentuk dan warna yang menarik.
Gambar dari: www.mentarifashion.com

Banyak lagi bentuk-bentuk menarik lain yang disediakan.  Pasti saya akan berusaha mencari pin-pin ini di kedai-kedai aksesori.  Kalau yang berminat nak jadi pengedar pun boleh.  Maklumat lanjut boleh diikuti di www.mentarifashion.com.




30 January 2011

Negaraku

Semangat patriotisma yang semakin tipis!

Hari ini Ahad.  Seperti biasa ada perhimpunan khas.  Macam biasa juga dimulai dengan bacaan doa dan diikuti dengan nyanyian lagu "Negeraku".

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta,

Rahmat Bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.

Oleh kerana saya berdiri di hadapan, menghadap pelajar, saya dapat melihat tingkah laku dan juga pergerakan mereka dengan jelas.  Terus kenangan terimbau di zaman persekolahan dulu.

"Bila nyanyi lagu negaraku, kena berdiri tegak-tegak.  Tak boleh dok senget-senget. 
Tangan lurus di sisi.  Mata tengok bendera.  Nyanyi kuat-kuat.  
Buka mulut luas-luas.  Bukan ada mas dalam mulut."

Itulah antara ayat-ayat keramat yang dilemparkan oleh guru bertugas.  Dan kami semua pun patuh pada tegurannya.  

"Nyanyi lagu negaraku kena bersemangat.  Kena hormat.  Baru tandanya 
sayang kat negara kita."

Kata-kata itu menyerap ke dalam jiwa kami.  Hasilnya, kami nyanyi dengan bersungguh-sungguh dan lantang.

Tapi kini, suasana sungguh berbeza.  Murid-murid nyanyi sambil lewa.  Pusing kira-kanan.  Tergaru sana sini. Yang kaki bangau pun ada.  Suara tak payah cakap lah.  Serak-serak basah bagun tidur, sampai tak terkeluar.  Yang dengar muzik aje.  Kami dulu nyanyi tak de muzik pun tapi suara kuat juga. Bukan tak ditegur oleh guru-guru, tapi impaknya kurang berkesan.  

Fikiran terus berputar ligat.  Teringat pada senario di luar yang pernah dilihat.  Bila ada majlis-majlis rasmi, di mana lagu Negaraku dinyanyikan.  Hanya jemputan VIP dan juga pegawai yang terlibat sahaja berdiri tegak.  Hadirin lainnya, serba endah tak endah.

Itu belum lagi suasana di padang atau di gelanggang sewaktu memenangi perlawanan dan sebagainya.  Apabila pingat disampaikan, sebagai tanda penghormatan, lagu Negaraku berkumandang. Pegawai bertugas, jemputan kehormat, pemain individu tertentu sahaja yang berdiri tegak turut sama menyanyi.  Tapi para penyokong yang masih teruja dek kemenangan pasukan atau pemain kesayangan mereka, bukan sahaja tidak menghayati lagu tersebut.  Malah ramai yang terkinja-kinja melompat-lompat, bertepuk sorak mengiringi lagu tersebut.  

Begitulah juga keadaannya, apabila setiap tahun kita menyambut Hari Kebangsaan.  Hanya mereka yang terlibat dengan acara sambutan tersebut sahaja yang cuba untuk menghormati lagu ini semasa ia berkumandang.  Bagaimana pula keadaannya para pengunjung yang berpusu-pusu datang untuk menyaksikan sambutan tersebut?  Tidakkah tersentuh di jiwa mereka untuk merasa bangga dan seterusnya menghormati lagu ini untuk lebih menghayati kemerdekaan yang dikecapi?  Jelas sekali masyarakat kini sudah tidak endah pada nilai patriotisma dan cintakan negara.  Tiada rasa hormat yang dizahirkan walaupun semudah menghormati lagu Negaraku.  Keadaan inilah yang telah menular ke sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi.  Menagapa ia berlaku?  Adakah kerana kita terlalu selesa mengecapi kenikmatan daripada keamanan dan kemakmuran sebuah negara yang merdeka sehingga kita lupa untuk terus kekal merdeka dan merasa bangga menjadi Anak Malaysia.

Perlukah ada pihak yang memandang serius dan memainkan peranan dalam perkara ini?



Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Dikongsi dari blogcikgu.com
null

29 January 2011

Sakti Delima kembali ke TV3.

Apabila drama Sakti Delima dihentikan tayangannya, ada sedikit kekesalan di hati.  Ini kerana saya sudah mempunyai minat yang tersendiri pada drama tersebut.  Ia mengingatkan saya pada filem zaman dahulu yang dibintangi pelakon tersohor Dato' Jins Shamsudin iaitu Panca Delima.  Cuma kali ini, Jinggo mengetengahkan burung merpati di dalam dramanya.  Alasan tayangan dihentikan, menurut LPF kerana ia mengandungi unsur tahyul dan syirik yang melampau yang boleh memesongkan akidah umat Islam.  Saya jadi terpana!

Tidakkah sebelum ini, banyak drama TV yang ditayangkan mengandungi unsur tahyul dan syirik.  Sama ada ia dari genre seram, aksi atau komedi, tetap ada unsur-unsur syirik di dalamnya.  Boleh dikatakan kebanyakan drama untuk slot lagenda, aksi dan juga seram di TV3 mengandungi unsur-unsur Drama terbitan Sheila Rusly sendiri pun seperti Buluh Betong dan Cucu Bentong pun tidak terkecuali.  Drama Saka Jentayu yang sedang ditayangkan sekarang juga ternyata mengandungi unsur syirik.  Dan jika dilihat, drama aksi Arjuna juga bersifat tahyul.  Tidak terkecuali juga sinetron dari tanah seberang yang pada pandangan saya lagi tidak sesuai ditayangkan.  Itu pada pandangan saya.  Tetapi mungkin tidak pada orang lain.  Cuma bila tayangan Sakti Delima dihentikan, saya mula membuat perbandingan.  Atau mungkin juga kerana saya belum lagi menonton keseluruhan cerita tersebut, jadi saya tidak nampak adengan yang dikatakan mempunyai unsur yang melampau itu.

Tiba-tiba, hari ini saya telah melihat preview drama Sakti Delima yang akan ditayangkan semula bermula 31 Januari ini.  Ini satu perkembangan yang baik.  Saya pasti menyukainya mungkin kerana barisan pelakonnya seperti Safura, Bieda dan Catriona serta Sheila Rusly sendiri yang membawa imej artis bertudung.  Mungkin ada sediki perubahan telah dilakukan.  Namun saya pasti ia tidak akan mencacatkan drama tersebut.  JS Pictures sendiri pun pastinya telah berusaha keras untuk memastikan drama ini dapat ke udara.  Walau apa pun tahniah diucapkan kepada Sakti Delima kerana telah kembali ke udara.

Kini bertemu

Assalammualaikum.

Kini saya mula berjinak-jinak dengan blog.  Banyak yang ingin saya kongsikan dan banyak juga perkara yang ingin saya pelajari.

Pelaksanaan SBPA