Blogger Templates

29 January 2011

Sakti Delima kembali ke TV3.

Apabila drama Sakti Delima dihentikan tayangannya, ada sedikit kekesalan di hati.  Ini kerana saya sudah mempunyai minat yang tersendiri pada drama tersebut.  Ia mengingatkan saya pada filem zaman dahulu yang dibintangi pelakon tersohor Dato' Jins Shamsudin iaitu Panca Delima.  Cuma kali ini, Jinggo mengetengahkan burung merpati di dalam dramanya.  Alasan tayangan dihentikan, menurut LPF kerana ia mengandungi unsur tahyul dan syirik yang melampau yang boleh memesongkan akidah umat Islam.  Saya jadi terpana!

Tidakkah sebelum ini, banyak drama TV yang ditayangkan mengandungi unsur tahyul dan syirik.  Sama ada ia dari genre seram, aksi atau komedi, tetap ada unsur-unsur syirik di dalamnya.  Boleh dikatakan kebanyakan drama untuk slot lagenda, aksi dan juga seram di TV3 mengandungi unsur-unsur Drama terbitan Sheila Rusly sendiri pun seperti Buluh Betong dan Cucu Bentong pun tidak terkecuali.  Drama Saka Jentayu yang sedang ditayangkan sekarang juga ternyata mengandungi unsur syirik.  Dan jika dilihat, drama aksi Arjuna juga bersifat tahyul.  Tidak terkecuali juga sinetron dari tanah seberang yang pada pandangan saya lagi tidak sesuai ditayangkan.  Itu pada pandangan saya.  Tetapi mungkin tidak pada orang lain.  Cuma bila tayangan Sakti Delima dihentikan, saya mula membuat perbandingan.  Atau mungkin juga kerana saya belum lagi menonton keseluruhan cerita tersebut, jadi saya tidak nampak adengan yang dikatakan mempunyai unsur yang melampau itu.

Tiba-tiba, hari ini saya telah melihat preview drama Sakti Delima yang akan ditayangkan semula bermula 31 Januari ini.  Ini satu perkembangan yang baik.  Saya pasti menyukainya mungkin kerana barisan pelakonnya seperti Safura, Bieda dan Catriona serta Sheila Rusly sendiri yang membawa imej artis bertudung.  Mungkin ada sediki perubahan telah dilakukan.  Namun saya pasti ia tidak akan mencacatkan drama tersebut.  JS Pictures sendiri pun pastinya telah berusaha keras untuk memastikan drama ini dapat ke udara.  Walau apa pun tahniah diucapkan kepada Sakti Delima kerana telah kembali ke udara.

No comments:

Post a Comment

Pelaksanaan SBPA