Alhamdulillah, ramai juga yang dah pun mengikuti taklimat. Saya belum lagi... Mungkin selepas 16 Disember nanti kot, sebelum menandatangi opsyen SBPA. Tapi, kerap juga melayari portal JPA dan laman web yang lain untuk mencari info. Akhirnya terjumpa juga laman web ni. SBPA gaji guru. Bila dah baca tu, rasanya faham la juga sikit-sikit.
Belek punya belek, kira punya kira, dapat la juga anggaran tentang kenaikan yang bakal diterima. Banyak juga. Yang saya faham ialah :
i. Pegawai diberi satu pergerakan gaji di gred asal di SMM sebelum bertukar ke gred SBPA
ii. Daripada tangga baru di SMM, pegawai akan diberi gaji baru di SBPA mengikut Jadual Gaji Sebaris (JGS) pada tangga yang sama atau tertinggi berhampiran.
iii. Di JGS pula, pegawai akan menerima lagi satu kenaikan tangga gaji.
Hmmmmm.... memang lumayan! Kata orang.... Insya'allah, sebelah tangan lah juga. Selain tu, ada juga rakan-rakan penjawat yang lain akan menerima kenaikan yang lebih banyak. Itulah rezeki namanya.
Apa pun, semoga dengan kenaikan ini, Insya'allah saya akan lebih komited dengan tugas saya. Cuma........... itulah, harga barang di pasaran sekarang ni perit juga rasanya. mungkin gaji pertama 2012 nanti dapat mengimbangi semula keperitan tersebut. (mungkin la kot) Harap-harapnya begitulah..... Amin.
No comments:
Post a Comment