Blogger Templates

13 December 2011

Daulat Tuanku!

 Hari ini Malaysia terus melakar sejarah apabila Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dipilih sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke 14.  Sejarah terlakar apabila baginda merupakan Sultan pertama yang dilantik sebanyak dua kali sebagai Yang Dipertuan Agong sepanjang pemerintahan baginda.

Baginda merupakan Sultan Kedah Ke 27 dan dipilih menjadi agong pertama kalinya ketika berusia 43 tahun pada tahun 1970 sebagai Yang Dipertuan Agong Ke 5.  Hari ini, sekali lagi Baginda Sultan dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong Ke 14 pada usia baginda menjangkau 84 tahun.

Sebagai anak jati kelahiran Kedah, saya amat berbangga dengan perlantikan ini.  Semoga Tuanku Sultan sentiasa sihat dan dilanjutkan usia memegang tampuk pemerintahan  sebagai Ketua Negara.
 

1 comment:

  1. saya pun sama... berbangga juga... and 1 more thing saya juga berbangga kerana ada 2 orang Perdana Menteri Malaysia berasal dari kedah... yuhoooo... dan corak pimpinannya tidak boleh disangkal lagi, menjadi kebanggaan Malaysia

    ReplyDelete

Pelaksanaan SBPA