Blogger Templates

29 May 2011

Ladang Anggur Tasik Beris.

Masa perkhemahan unit beruniform di Kem Sri Ternas, hari tu sempat juga meluangkan masa melawat ladang anggur yang berdekatan.  Ladang anggur milik bumiputera ini terletak di Kampung Ternas, Sik  mempunyai keluasan lebih kurang 4 ekar dan diuruskan oleh Excel Agrotech Sdn. Bhd.   Ia mula dibuka pada November 2007.  Teruja nak melihat sendiri gugusan anggur yang bergantungan di rantingnya.  Lagipun, setahu saya anggur ni biasanya di tanam di negara-negara yang mempunyai iklim 4 musim sahaja.  Dan banyak komen yang didengari, anggur yang ditanam kat Malaysia ni, saiznya kecil, rasanya masam dan paling sedih, rakan-rakan selalu komen pokok anggur diaorang tak berbuah.  Jadi, hari ni ada la peluang untuk melihat sendiri kebenaran komen-komen tersebut.

Dari kem ikut jalan pintas pintu pagar belakang aje berjalan bersama kawan-kawan.

Sempat posing lagi dengan pemandangan tasik
dan bukit-bukau yang indah.

Dah sampai.  Selamat datang ke Ladang Anggur Tasik Beris.

Ini la ladangnya!!!!
Alamak, pintu terkunci pulakkkk....

Haaaa... pintu yang ni terbuka.

Oooooo.... rupa-rupanya pengunjung hanya dibenarkan melawat ke bahagian tertentu sahaja.  Sebelum tu kena beli tiket dulu kat kaunter.  Harga?  RM3.00 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak.  Boleh lah!!!  Masa lawatan dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.  Antara jenis anggur yang ditanam di sini ialah Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Lose Plite.

Masuk je terus pegang anggur dulu.
Masya'Allah.... Indahnya pemandangan! Buah-buah anggur yang bergantungan dari rantingnya sangat memukau.  Tapi, tak boleh di petik.  Hanya lihat sahaja.  Kalau nak petik sendiri kena tunggu apabila buahnya masak.  Pengunjung boleh memetik anggur sendiri dengan bayaran RM50.00 sekilogram.

Pemandangan di dalam rumah semaian.




Ini yang best... posing dengan buah anggur. 
Gugusan anggur yang bergantungan.
Satu-satunya gugusan anggur merah yang ditemui.

Last pose sebelum keluar.
Para pengunjung yang datang boleh juga mendapatkan buah tangan yang dijual di kedai yang disediakan.  Anggur yang telah dipetik dijual dengan harga RM12.50 bagi setiap 500 gram.  Selain itu ada juga dijual pelbagai produk berasaskan anggur seperti jus, jem dan juga kek.  Rasa anggurnya..... ermmmm..... memang manis!!!

Tahniah diucapkan kepada Encik Amiruddin Malik di atas kejayaan mengusaha dan membuka ladang anggur ini.

Sedikit tips untuk rakan-rakan yang menanam anggur, biasanya pohon anggur akan mengeluarkan tunas yang akan berbunga dan seterusnya berbuah setelah daunnya gugur pada musim gugur.  Disebabkan Malaysia dengan iklim khatulistiwa, jadi daun-daun anggur kat sini memang la takkan gugur.  Oleh itu, daun-daun tersebut perlu dibuang sendiri dengan menggunakan tenaga manusia.  Sebab tu la kot, anggur kat rumah tu tak berbuah.  Boleh la cuba selepas ni.




1 comment:

  1. kena cuba ni...boleh petik sendiri mahal pun mahal lah...

    ReplyDelete

Pelaksanaan SBPA