Bunga yang berwarna biru ni ialah Bunga Telang. Bentuk bunganya hampir sama dengan Bunga Kacang Merah, tetapi lapisannya lebih nipis. Nama saintifiknya Clitoria Ternatea. Ia juga dikenali sebagai Bunga Nasi Kerabu. Ada juga yang memanggilnya Kacang Biru atau Blue Pea. Pokoknya boleh tumbuh meliar secara menjalar seperti pokok kekacang dengan daun berbentuk bujur berwarna kehijauan dengan permukaan yang kasar berbulu. Ia boleh membiak melalui biji benih ataupun secara keratan batangnya. Oleh kerana bunganya yang cantik dan berkembang sepanjang tahun ini, pokok ini sesuai dijadikan hiasan laman sama ada di tanam terus di atas tanah sebagai hiasan pagar atau pun di dalam pasung yang digantung.
Bunga Telang ini sebenarnya mempunyai banyak kegunaan. Antaranya adalah sebagai pewarna asli di dalam masakan. Selalunya digunakan sebagai pewarna untuk memasak nasi kerabu. Ia boleh dipetik segar dan terus diramas di dalam air untuk mendapatkan warna birunya atau pun boleh dikeringkan dan disimpan untuk kegunaan masa akan datang dalam tempoh yang panjang. Air ramasan yang berwarna biru boleh dicampurkan dengan beras untuk menghasilkan nasi kerabu yang berwarna kebiru-biruan.
Bunga Telang diramas dalam air. |
Larutan biru yang telah ditapis. Cantikkan warnanya!!! |
Selain itu, Bunga Telang juga digunakan untuk menghitamkan dan melebatkan rambut. Caranya juga sama di mana bunga ini diramas di dalam air dan disapukan pada rambut. Hasilnya rambut lebat yang hitam berkilauan. Petua ini telah pun dikomersialkan sebagai produk penjagaan rambut dan juga syampoo.
Cuma terlintas di fikiran saya nak cuba jadikan jus...... Agak-agak sedap tak ya? Warna dah cantik......
Salam kunjungan... blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)
ReplyDelete