Blogger Templates

13 October 2011

Kecemasan di Highway!!!

Kali ni nak share pengalaman mencemaskan ketika sedang memandu di highway.  Bagi orang lain mungkin ini perkara biasa.  Tapi bagi saya yang tak berapa cekap ni, memang menggelabah habis.

Kisahnya, saya dalam perjalan pulang dari BTPN Kedah selepas habis berkursus 3 hari.  Nasib saya sangat baik kerana ada "coursemate" yang nak tumpang.  Jadi adalah teman.  Naik saja Plaza Tol Alor Star Utara, saya dah mula rasa lain macam.  Stereng kereta macam bergoyang.  Mungkin sebab jalan tak rata, fikir dalam hati.  Tak jauh menyusur masuk ke highway, tiba-tiba ada bunyi pelik kedengaran.

"Bunyi apa ya?" tanya saya pada tema di sebelah.
"Tayar pancit kot!" katanya.
Alamak!!! Saya terus memberhentikan kereta di tepi highway dan terus keluar.  Subhanallah, tayar kereta dah terkeluar habis dari rim. (tak sempat nak snap gambar sebab gabra)
"Alamak kak, tayar pancit la. Macam mana ni?" saya mulai kecut perut.  Perjalanan masih jauh.  Terus capai telefon dan call suami.
"Pancit kat mana?" tanya suami.
"Kat Alor Star lagi, baru naik tol," jawab saya.
"Jauh tu," balas suami.  Pada masa yang sama saya terlihat sebuah kereta yang rosak diseberang jalan kira-kira 200m di hadapan.  Di belakangnya ada jip peronda lebuhraya.  Alhamdulillah.
"Tak pe bang, ni nampak ada peronda plus, minta tolong diaorang dulu lah," pantas mencari jalan penyelesaian.
"Apa-apa pun telefon balik.  Hati-hati, kereta banyak semua laju-laju," pesan suami.
"Kak, saya nak panggil peronda kat depan sanalah, kak tunggu dalam kereta kejap ya," meninggalkan pesan pada teman.
"Ok, tapi hati-hati," balasnya.  Saya pun terus berjalan sambil berlari-lari anak ke hadapan.  Bila laluan agak lengang, saya melintas untuk ke seberang sambil melambai-lambai pada peronda tersebut.  Nampak je saya peronda tersebut terus mangarahkan saya kembali ke kereta dengan memberi isyarat tangan.
"Alamak, dia faham ke yang kereta aku rosak," gumam dalam hati.
"Nanti kami pi," jerit peronda tersebut.  Mengendurkan rasa cemas di hati.
Saya pun terus melintas kembali dan berjalan menuju ke kereta.
"Kak, nanti diaorang datang, kita tunggu kat luar dulu ya," sambil membuka pintu dan mematikan enjin.
"Nasib baik ada peronda," kata teman tadi.
"Tu lah, nasib kita agaknya.  Macam mana lah boleh jadi macam ni," masih lagi cemas, gelabah dan risau.
Lebih kurang sepuluh minit berlalu, peronda tersebut sampai dan berhenti di seberang jalan.  Sambil melintas jalan, "Kak, lain kali jangan buat macam tu, bahaya kak ai," tegur peronda pertama.
"Saya takut nanti encik jalan terus, tu yang saya pi panggil," saya menjawap perlahan.
"Kak jangan risau, apa-apa hal kat highway, 24 jam kami ada, apa masalahnya?" tanya peronda kedua.
"Kereta saya tiba-tiba pancit. Saya panik, tak tau nak buat apa. Nak menangis pun ada," saya membalas.
"Tak pa kak, kalau siang-siang macam ni, tak payah risau.  Lain kali kak keluar daripada kereta duduk kat tepi atas rumput ni.  Jangan lintas jalan macam tadi bahaya," tegur peronda tadi.
"Macam mana boleh jadi macam ni, tayar kak baru lagi ni! Ada tayar spare tak?" peronda tadi terus bertanya.
"Entahlah.  Tiba-tiba ja encik.  Insya'allah, rasa tayar spare ada dalam bonet," jawap saya sambil membuka bonet.
"Nasib baik encik ada, saya memang dah takut tadi, kalau encik takde, tak tau saya nak buat apa," terus menyambung.  Teman saya terus tersenyum.  Peronda kedua tadi terus mengeluarkan tayar spare dan peralatan dari bonet dan memulakan kerja menggantikan tayar.  Syukur tayar spare dan peralatan lengkap dalam bonet.
"Lain kali kak jangan panik.  Selalu kami jumpa pemandu perempuan yang macam ni.  Ada tu bila kereta rosak di laluan kanan, pemandu duduk tunggu dalam kereta.  Tak boleh macam tu kak.  Bahaya.  Kereta boleh beli lain tapi nyawa tak boleh kak.  Lain kali, keluar daripada kereta tunggu kat tepi," ujar peronda tu lagi.
"Saya bukan apa, gelabah sangat tadi.  Tak pernah jadi macam ni.  Saya takut nanti kalau tak panggil encik pi terus macam tu aje." saya terus membela diri.
"Kak, semua kereta yang berhenti kat highway ni kami akan check.  Kalau ada orang laki bini bergaduh pun kami turun tolong juga.  Highway ni bahaya," ujarnya terus.
Saya dan teman terus memerhati prose menukar tayar.
"Tu la, nasib baik encik ada.  Lain kali, kalau jadi macam ni lagi, encik tak lalu saya nak buat macam mana?" saya meminta nasihat.
"Macam ni kak.  Ada 3 cara.  Pertama, guna telefon kak, call hotline kami yang ada tulis kat tiket tol.  Bagitahu masalah kak dan lokasi kejadian.  Macam kat sini, kilometer 46.  Ada tulis kat papan putih tu.  Kedua,  setiap 2 kilometer, ada telefon.  Kak cari telefon tu dan telefon hotline bagitahu.  Yang ketiga pula, kak tunggu ja kat tepi.  Kami mesti lalu.  Cuma lambat dengan cepat ja," terang peronda tu panjang lebar.
"Oooo, macam tu, lega la sikit.  Apa pun terima kasih banyak-banyak.  Kalau encik tak de memang susah la saya." mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberi.
Selesai je menukar tayar, peronda kedua terus berkata, "ni pun tak boleh jalan jauh sangat ni, seelok-eloknya kak turun tol di depan dan cari kedai tukar tayar.  Tayar spare kak pun tak berapa elok sangat ni."
"Insya'allah, sat lagi saya turun tol depan tukar tayar.  Terima kasih banya-banyak encik," saya membalas.
"Kak simpan balik beg, masuk dalam kereta dulu.  Jalan ke depan baru susur masuk.  Lain kali jangan lintas jalan lagi." pesan peronda tadi.
"Terima kasih banyak-banyak encik sebab tolong saya." terus menelefon suami memaklumkan keadaan saya .Peronda tadi terus menunggu saya masuk ke dalam kereta dan memberi isyarat supaya bergerak.
Syukur alhamdulillah.  Semuanya selamat.  Untuk kedua-dua peronda tadi, terima kasih atas bantuan yang di beri walau pun itu memang tanggungjawab mereka.  Semoga kebaikan Encik berdua di balas ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah s.w.t.  Saya pun tak terlintas di fikiran memberikan apa-apa pada mereka.  Dalam keadaan macam tu, di saat kita memerlukan bantuan tak salah rasanya memberikan sesuatu tanda terima kasih.
Semoga lepas ini saya lebih berhati-hati dan tak mudah panik lagi sebab dah tahu bantuan akan sampai juga.

2 comments:

Pelaksanaan SBPA