Akhirnya, setelah puas memujuk suami tersayang, dapat juga saya jejakkan kaki ke tanah tinggi Cameron ni. Sebelum ni cuma dengar cerita orang aje, tapi hari ni saya dah sampai ke sini.
Dalam perjalanan pulang dari Melaka, mengikut susur keluar Simpang Pulai, kami mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke Cameron Highlands. Kawasan tanah tinggi yang terletak di Banjaran Titiwangsa ini merupakan salah satu daripada daerah kecil dalam negeri Pahang Darul Makmur. Dengan ketinggian 1500 m dari aras laut, suhunya boleh mencecah serendah 16 ˚C pada masa-masa tertentu. Semua umum telah mengetahui yang Cameron Highland ni sangat terkenal dengan ladang teh dan bunga-bungaan di samping strawbery dan juga sayur-sayuran.
Ketibaan kami di Brinchang, dalam keadaan hujan renyai-renyai sangat mengujakan perasaan. Apatah lagi apabila mata disajikan dengan pemandangan hijau yang indah. Ladang-ladang dan juga tumbuhan liar di kiri kanan jalan sungguh menarik perhatian. Tambahan pula pokok-pokok orkid liar tumbuh tinggi dan meliuk-liuk seperti melambai ke arah pengunjung yang datang.
Sampai je, terus cari hotel untuk menginap, tapi parking pula susah sangat. Hotel banyak, tapi parking nak letak kereta tak de. Tak haru ke? Takkan nak parking jauh-jauh. Last sekali dapat juga parking walaupun bukan dalam petak yang sah.
Check in kat Jasmine Hotel. Bayaran???? Berpatutan la RM138.00 untuk double bed. Sebab perut pun dah berkeroncong, terus aje ke restoran kat bawah hotel. Nampak ada menu Nasi Goreng Cameron terus order. Banyaknye sayur..... patut la nama pun Cameron. Sedap juga! Tempat makan di sini rasanya tak de masalah........
Check in kat Jasmine Hotel. Bayaran???? Berpatutan la RM138.00 untuk double bed. Sebab perut pun dah berkeroncong, terus aje ke restoran kat bawah hotel. Nampak ada menu Nasi Goreng Cameron terus order. Banyaknye sayur..... patut la nama pun Cameron. Sedap juga! Tempat makan di sini rasanya tak de masalah........
Malam lepas maghrib, redah juga hujan untuk ke Bazaar Majlis Daerah di hadapan hotel. Cuci mata!!! Dari baju, topi, bantal, keychain sampai la selipar, semuanya bermotifkan strawbery. Kat pasar malam yang berdekatan pun sama juga. Makanan apatah lagi. Kebanyakannya berasaskan makanan segar dari tanah Cameron. Kantoi juga baju sejuk sehelai dek penangan anak teruna sorang.
Sempat juga singgah ke CT craft di hadapan hotel...... cantik-cantik semuanya. Tapi tengok-tengok aje.
Pagi-pagi lepas check out, sampai je kat kereta..... alamakkkkkkkkkkk...... kereta dah kena taji.... hu hu hu..
Dalam perjalanan turun baru singgah kat tempat-tempat menarik di Cameron. Seronoknyaaaa!!!!!!!
Pelbagai jenis kaktus. |
Segarnya tomato... |
Di atas para.... |
Bergantungan..... |
Tumbuh suburrrrr.... |
Macam mana pun mesti nak posing... |
Kat Avant Chocolate Factory - macam-macam perisa coklat yang ada. |
Lepas ni tak pasti lagi bila boleh sampai lagi kat sini. Insya'Allah, panjang umur, ada rezeki pasti datang lagi.
ok la tu.. atleast dpt jugak pegi..
ReplyDeletetuuu dia, jalan sakan. alin pon na g jgak nti!
ReplyDeleteJom pakat-pakat pi, best jga kalau ramai2.
ReplyDelete