imej dari wikipedia. |
Teh tarik dihasilkan dengan campuran pati teh dan susu pekat. Buihnya terhasil apabila teh "ditarik" atau dicurahkan di antara dua koleh berulang-ulang kali. Tujuannya pada mulanya adalah untuk menyejukkan teh tersebut. Rasanya yang lemak-lemak manis memang digemari oleh semua golongan dan kaum. Boleh dikatakan teh tarik ni minuman 1 Malaysia lah.
Segelas teh tarik dipercayai mengandungi 83 kalori dan hampir sama dengan semangkuk nasi. Kandungan kalaorinya memang agak tinggi dan kurang sihat jika diamalkan setiap hari kerana ia boleh menyebabkan beberapa rangkaian penyakit seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan juga jantung. Kalau sekali sekala nak melepaskan gian mungkin tak jadi masalah.
Cuma di sini saya nak berkongsi tentang teh tarik yang lebih advance. Seperti gambar di bawah:
Inilah dia teh tarik ais! Kat mana nak dapat? Yang ni special serve kat kantin sekolah saya.
Harga? Murah aje. Berbaloi-baloi. RM1.50 je. Kalau nak cuba, boleh le minta kat mamak-mamak di gerai ke, nasi kandar ke atau mana-mana warung yang ada teh tarik. Mesti boleh buat punya. Part yang paling best, kat buih yang meleleh-leleh tu...... Lagi banyak meleleh, lagi kaw!!!
Kalau tak nak teh. Boleh juga cuba yang lain. Misalnya kopi tarik ais ke, nescafe tarik ais ke, atau milo tarik ais. Kat kantin saya minta apa pun semua dia orang buat. Best kan....
Kalau nak cuba buat sendiri pun boleh. Resipinya boleh clik kat halaman resipi di atas. Cubalah... Memang kawwwwww!!!!!
Kalau nak cuba buat sendiri pun boleh. Resipinya boleh clik kat halaman resipi di atas. Cubalah... Memang kawwwwww!!!!!
No comments:
Post a Comment