|
Orkid pertama - Beli di pasar malam dengan
harga RM5.00. |
Baru-baru ini telah timbul satu minat baru iaitu menanam orkid. Saya bermula dengan sepohon pokok orkid yang saya beli di pasar malam. Konon-kononnya nak buat taman orkid kat rumah. Bila minat datang secara tetiba macam tu, saya pun cuba mencari beberapa informasi berkaitan orkid.
Orkid atau dalam Bahasa Melayu disebut Bunga Anggerik merupakan tumbuhan berbunga dengan pelbagai variasi dari segi bentuk dan warnanya. Sering dijadikan hiasan laman, bunga ini mula muncul pada zaman Cretaceous. Ia boleh ditemui di kebanyakan negara di dunia dan merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura.
Penanaman dan penjagaannya adalah ringkas. Sesuai bagi negara kita yang beriklim khatuslistiwa, orkid boleh ditanam di dalam pasu-pasu kecil untuk digantung atau ditanam terus di atas tanah dan disokong dengan penyokong seperti kayu atau tunggul mati di mana akarnya akan melekap dan memanjat penyokong tersebut.
|
Ini bunganya! |
Sedikit tanah boleh dimasukkan ke dalam pasu dan ditambah dengan arang, batu-bata merah dan juga sabut kelapa cukup untuk mengekalkan kesuburan pada pokok ini. Dengan batang bersifat menyimpan air, siraman 2 kali sehari dan pembajaan seminggu sekali sudah mampu menghasilkan pokok yang cantik dan produktif untuk mengeluarkan bunga.
|
Orkid kedua - RM13.00. Ditanam dalam pasu
kecil dan dimasukkan arang dan bata merah. |
|
Orkid ketiga - spesies orkid liar. Percuma -
diambil dari rumah jiran. |
Paling menarik, apabila saya mendengar dan melihat info dari televisyen bahawa vanila juga merupakan spesies orkid. Dan spesies itu kini telah di tanam secara komersil di negara kita. Jadi, nanti kalau nak perisa vanila, boleh la petik aje dari laman rumah. Hi hi hi..... seronokkan!!!!!!!!!!!!!!!!!!.
semoga berjaya dengan taman anggerik dan selamat menjadi penggemar anggerik tegar
ReplyDelete