Blogger Templates

24 March 2011

Lidah jin berbunga!

Pokok Lidah Jin di dalam pasu yang berbunga.
Mungkin kita sering melihat pokok lidah jin ini di merata-rata tempat.  Sama ada ditanam untuk dijadikan hiasan laman atau pun tumbuh secara meliar.  Pokok ini terdapat dalam pelbagai spesies, dan dipercayai terdapat sebanyak 33 spesies pokok lidah jin yang terkenal.  Namun yang sering kita lihat adalah seperti gambar di sebelah.


Pokok ini biasanya tumbuh secara berkelompok kerana ia membiak dengan cara sulur yang merebak daripada rizomnya.  Selain itu, tumbuhan ini juga mudah dibiakkan melalui keratan daunnya yang ditanam ke dalam tanah.


Cuma yang ingin saya kongsikan di sini ialah, gambar-gambar pokok lidah jin yang sedang berbunga.  Jarang sekali kita dapat melihat tumbuhan ini berbunga.  Bunganya yang berwarna putih tumbuh pada satu cabang atau ranting terus dari pangkal pokoknya.  Saya mula menyedari, tumbuhan ini mula mengeluarkan kudup berwarna kehijauan  sekitar penghujung bulan Januari dan menjelang bulan Mac, bunganya yang berwarna keputihan seakan-akan bunga betik itu mula berkembang.
Pokok lidah jin yang tumbuh meliar.

Pada mulanya saya berpendapat mungkin kerana pokok ini telah terlalu tua sehingga mampu mengeluarkan bunga.  Namun apabila melihat pokok-pokok lain juga turut mengeluarkan bunga,  saya mula memberi perhatian kepada tumbuhan ini.  Didapati, dimana-mana sahaja tumbuhan ini telah berbunga.  Mungkin juga sekarang merupakan musim untuk tumbuhan ini berbunga.
Kudup yang baru keluar dari batangnya.

Bunga Pokok Lidah Jin yang berwarna keputihan.
Bunganya kelihatan seakan-akan bunga betik.
 Selain lidah jin, terdapat juga tumbuhan berbunga lain yang jarang sekali dapat dilihat bunganya.  Antaranya seperti lidah buaya, kunyit, pandan, serai dan banyak lagi tumbuhan renek yang lain.  Mungkin selepas ini, saya dapat mengumpulkan lagi gambar-gambar tumbuhan berbunga yang jarang kita lihat bunganya.

2 comments:

  1. Assalam tuan, tuan masih memelihara pokok lidah jin ini. Kalau tuan jumpa lagi pokok lidah jin yang berbunga, sila maklumkan kepada saya ya. saya mahu membelinya. Saya boleh dihubungi melalui no hp 013-3974733 (najib)

    ReplyDelete
  2. Ya saya ada Tuan...Boleh hubungi saya 0194425599

    ReplyDelete

Pelaksanaan SBPA