Blogger Templates

29 March 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

http://www.churpchurp.com//share/churpchurp-invite

Vegetables? Tofu? Wholemeal bread? What we all need now is a profile test to determine what we need to improve. Thank you, #NestleProfiler!

Vegetables? Tofu? Wholemeal bread? What we all need now is a profile test to determine what we need to improve. Thank you, #NestleProfiler!

Are you an epic die-hard fan of Fruit Ninja? Get your hands on the new iPhone4 with #DiGiiPhone4 today! All you have to do is to upgrade your line. Too cool to be true!!

Are you an epic die-hard fan of Fruit Ninja? Get your hands on the new iPhone4 with #DiGiiPhone4 today! All you have to do is to upgrade your line. Too cool to be true!!

25 March 2011

Sajian ringkas tengahari.

Menu apa ya tengahari ni..... ermmmmm.  Masak yang ringkas-ringkas je la.  Yang penting family suka.

V
V
V
V
V

Ta... daaaaa..... Simple aje.  Daging lemak kuning, kangkung goreng belacan dan ikan gelama masin.  Cukup la buat kami sekeluarga.  Kalau nak kongsi resipi, boleh klik pada laman resepi di atas untuk daging lemak kuning dan kangkung goreng belacan.  Takkan ikan gelama goreng pun nak tengok resipi.... :).....

Orkid pertama ku

Orkid pertama - Beli di pasar malam dengan
harga RM5.00.
Baru-baru ini telah timbul satu minat baru iaitu menanam orkid.  Saya bermula dengan sepohon pokok orkid yang saya beli di pasar malam.  Konon-kononnya nak buat taman orkid kat rumah.  Bila minat datang secara tetiba macam tu, saya pun cuba mencari beberapa informasi berkaitan orkid.

Orkid atau dalam Bahasa Melayu disebut Bunga Anggerik merupakan tumbuhan berbunga dengan pelbagai variasi dari segi bentuk dan warnanya.  Sering dijadikan hiasan laman, bunga ini mula muncul pada zaman Cretaceous.  Ia boleh ditemui di kebanyakan negara di dunia dan merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura.

Penanaman dan penjagaannya adalah ringkas.  Sesuai bagi negara kita yang beriklim khatuslistiwa, orkid boleh ditanam di dalam pasu-pasu kecil untuk digantung atau ditanam terus di atas tanah dan disokong dengan penyokong seperti kayu atau tunggul mati di mana akarnya akan melekap dan memanjat penyokong tersebut.

Ini bunganya!
Sedikit tanah boleh dimasukkan ke dalam pasu dan ditambah dengan arang, batu-bata merah dan juga sabut kelapa cukup untuk mengekalkan kesuburan pada pokok ini.  Dengan batang bersifat menyimpan air, siraman 2 kali sehari dan pembajaan seminggu sekali sudah mampu menghasilkan pokok yang cantik dan produktif untuk mengeluarkan bunga.

Orkid kedua - RM13.00.  Ditanam dalam pasu
kecil dan dimasukkan arang dan bata merah.
Orkid ketiga - spesies orkid liar.  Percuma -
diambil dari rumah jiran.
Paling menarik, apabila saya mendengar dan melihat info dari televisyen bahawa vanila juga merupakan spesies orkid.  Dan spesies itu kini telah di tanam secara komersil di negara kita.  Jadi, nanti kalau nak perisa vanila, boleh la petik aje dari laman rumah.  Hi hi hi..... seronokkan!!!!!!!!!!!!!!!!!!.


24 March 2011

Lidah jin berbunga!

Pokok Lidah Jin di dalam pasu yang berbunga.
Mungkin kita sering melihat pokok lidah jin ini di merata-rata tempat.  Sama ada ditanam untuk dijadikan hiasan laman atau pun tumbuh secara meliar.  Pokok ini terdapat dalam pelbagai spesies, dan dipercayai terdapat sebanyak 33 spesies pokok lidah jin yang terkenal.  Namun yang sering kita lihat adalah seperti gambar di sebelah.


Pokok ini biasanya tumbuh secara berkelompok kerana ia membiak dengan cara sulur yang merebak daripada rizomnya.  Selain itu, tumbuhan ini juga mudah dibiakkan melalui keratan daunnya yang ditanam ke dalam tanah.


Cuma yang ingin saya kongsikan di sini ialah, gambar-gambar pokok lidah jin yang sedang berbunga.  Jarang sekali kita dapat melihat tumbuhan ini berbunga.  Bunganya yang berwarna putih tumbuh pada satu cabang atau ranting terus dari pangkal pokoknya.  Saya mula menyedari, tumbuhan ini mula mengeluarkan kudup berwarna kehijauan  sekitar penghujung bulan Januari dan menjelang bulan Mac, bunganya yang berwarna keputihan seakan-akan bunga betik itu mula berkembang.
Pokok lidah jin yang tumbuh meliar.

Pada mulanya saya berpendapat mungkin kerana pokok ini telah terlalu tua sehingga mampu mengeluarkan bunga.  Namun apabila melihat pokok-pokok lain juga turut mengeluarkan bunga,  saya mula memberi perhatian kepada tumbuhan ini.  Didapati, dimana-mana sahaja tumbuhan ini telah berbunga.  Mungkin juga sekarang merupakan musim untuk tumbuhan ini berbunga.
Kudup yang baru keluar dari batangnya.

Bunga Pokok Lidah Jin yang berwarna keputihan.
Bunganya kelihatan seakan-akan bunga betik.
 Selain lidah jin, terdapat juga tumbuhan berbunga lain yang jarang sekali dapat dilihat bunganya.  Antaranya seperti lidah buaya, kunyit, pandan, serai dan banyak lagi tumbuhan renek yang lain.  Mungkin selepas ini, saya dapat mengumpulkan lagi gambar-gambar tumbuhan berbunga yang jarang kita lihat bunganya.

04 March 2011

Teh Tarik Ais

Fail:YosriTehTarik.jpg
imej dari wikipedia.
Kenal ke minuman yang kat sebelah ni?  Rata-rata rakyat Malaysia memang kenal dengan teh tarik. Minuman favourite untuk bersarapan.  Biasanya teh tarik digandingkan dengan roti canai.  Fuhhh!!!! Memang terangkat.

Teh tarik dihasilkan dengan campuran pati teh dan susu pekat.  Buihnya terhasil apabila teh "ditarik" atau dicurahkan di antara dua koleh berulang-ulang kali.  Tujuannya pada mulanya adalah untuk menyejukkan teh tersebut.  Rasanya yang lemak-lemak manis memang digemari oleh semua golongan dan kaum.  Boleh dikatakan teh tarik ni minuman 1 Malaysia lah.

Segelas teh tarik dipercayai mengandungi 83 kalori dan hampir sama dengan semangkuk nasi.  Kandungan kalaorinya memang agak tinggi dan kurang sihat jika diamalkan setiap hari kerana ia boleh menyebabkan beberapa rangkaian penyakit seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan juga jantung.  Kalau sekali sekala nak melepaskan gian mungkin tak jadi masalah.

Cuma di sini saya nak berkongsi tentang teh tarik yang lebih advance.  Seperti gambar di bawah:


Inilah dia teh tarik ais!  Kat mana nak dapat?  Yang ni special serve kat kantin sekolah saya.
Harga?  Murah aje.  Berbaloi-baloi.  RM1.50 je.  Kalau nak cuba, boleh le minta kat mamak-mamak di gerai ke, nasi kandar ke atau mana-mana warung yang ada teh tarik.  Mesti boleh buat punya.  Part yang paling best, kat buih yang meleleh-leleh tu......  Lagi banyak meleleh, lagi kaw!!!

Kalau tak nak teh.  Boleh juga cuba yang lain.  Misalnya kopi tarik ais ke, nescafe tarik ais ke, atau milo tarik ais.  Kat kantin saya minta apa pun semua dia orang buat.  Best kan....

Kalau nak cuba buat sendiri pun boleh.  Resipinya boleh clik kat halaman resipi di atas.  Cubalah... Memang kawwwwww!!!!!

03 March 2011

Sejambak bunga, sebentuk cincin.

Fitrah seorang perempuan, senang dimanjakan dengan suasana romantis oleh insan tersayang.  Walaupun dirinya bukan seorang yang romantis, tetapi tetap teruja apabila menerima pemberian sejambak bunga oleh insan tersayang. Dan menjadi kelaziman, sejambak bunga itu melambangkan kasih sayang yang tiada taranya buat pasangan hidup.  Namun adakah itu hakikat sebenarnya?  Sebentuk cincin yang disarungkan tanda ikatan dua hati melambangkan keutuhan cinta sejati.  Adakah itu ukurannya?
Mungkin begitulah cara pasangan menzahirkan cinta di hati.  Tetapi bagaimana pula bagi suami yang tidak romantik?

Bila mula bercakap isu ini, saya cuba merenung kembali realiti sebenar kehidupan.  Tidak dinafikan, sebagai seorang isteri, mengimpikan suasana alam rumah tangga yang serba romantis.  Mendapat hadiah pada setiap kali ulang tahun kelahiran atau perkahwinan.  Menerima pujian yang menggunung tinggi.  Ucapan sayang yang sentiasa meniti di bibir.  Dimanjakan dengan kasih sayang dan juga kebendaan.  Tapi sebaliknya, hati sentiasa terguris.  Nak merajuk pun, kata orang buang masa aje.  Bukannya nak pujuk, buat tak tahu lagi ade...

Tetapi bila difikirkan kembali.  Mungkin lebih baik begitu!!!  Sekurang-kurangnya, ekor matanya tidak melirik pada yang lain..... Pandangannya tidak jatuh pada si dahi licin di luar sana, tiada nombor wanita lain di dalam phonebooknya.  Tak ade mesej-mesej atau panggilan misteri dari insan yang mungkin kekasih gelapnya. Dan yang penting di dalam hatinya, hanya kita lah ratu.....

Apatah lagi bila mengimbau kembali pada pengorban yang telah dilakukan.  Menguruskan rumah tangga, anak-anak dan juga keluarga.  Di saat kesedihan melanda jiwa, bahunya sentiasa ada untuk dititiskan air mata.  Ketika kesakitan menjalari seluruh tubuh, tangan kasarnya yang membelai meringankan derita.  Apatah lagi ketika di landa gelombang masalah, dia lah pendengar setia dan sentiasa menyokong dari belakang.  Tatkala jatuh tersungkur, hilang arah dan tujuan, dialah yang menghulurkan tangan, menarik kita supaya bangun dan memimpin untuk terus melangkah.... Dan dia sentiasa ada, pada bila-bila masa sahaja kita memerlukannya.....

Lalu, apakah lagi yang seorang isteri perlukan.  Sejambak bunga, sebentuk cincin hanyalah sekadar penyeri kehidupan.....

Pelaksanaan SBPA