Blogger Templates

13 December 2011

Daulat Tuanku!

 Hari ini Malaysia terus melakar sejarah apabila Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dipilih sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke 14.  Sejarah terlakar apabila baginda merupakan Sultan pertama yang dilantik sebanyak dua kali sebagai Yang Dipertuan Agong sepanjang pemerintahan baginda.

Baginda merupakan Sultan Kedah Ke 27 dan dipilih menjadi agong pertama kalinya ketika berusia 43 tahun pada tahun 1970 sebagai Yang Dipertuan Agong Ke 5.  Hari ini, sekali lagi Baginda Sultan dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong Ke 14 pada usia baginda menjangkau 84 tahun.

Sebagai anak jati kelahiran Kedah, saya amat berbangga dengan perlantikan ini.  Semoga Tuanku Sultan sentiasa sihat dan dilanjutkan usia memegang tampuk pemerintahan  sebagai Ketua Negara.
 

10 December 2011

Pekeliling SBPA dan Pergerakan Gaji.

Saya percaya, semua kakitangan kerajaan tak sabar-sabar nak mengetahui kandungan opsyen SBPA.  Rasanya sekarang, ramai yang dah pun membaca Pekeliling SBPA yang dah pun dikeluarkan oleh JPA.  Dan semua orang tentunya lebih teruja dengan kenaikan gaji dan juga pergerakan gaji tahunan.

Alhamdulillah, ramai juga yang dah pun mengikuti taklimat.  Saya belum lagi...  Mungkin selepas 16 Disember nanti kot, sebelum menandatangi opsyen SBPA.  Tapi, kerap juga melayari portal JPA dan laman web yang lain untuk mencari info.  Akhirnya terjumpa juga laman web ni. SBPA gaji guru.  Bila dah baca tu, rasanya faham la juga sikit-sikit.

Belek punya belek, kira punya kira, dapat la juga anggaran tentang kenaikan yang bakal diterima.  Banyak juga.  Yang saya faham ialah :

i.  Pegawai diberi satu pergerakan gaji di gred asal di SMM sebelum bertukar ke gred SBPA
ii.  Daripada tangga baru di SMM, pegawai akan diberi gaji baru di SBPA mengikut  Jadual Gaji Sebaris (JGS) pada tangga yang sama atau tertinggi  berhampiran.
iii.  Di JGS  pula, pegawai akan menerima lagi satu  kenaikan tangga gaji.

Hmmmmm.... memang lumayan! Kata orang.... Insya'allah, sebelah tangan lah juga.  Selain tu, ada juga rakan-rakan penjawat yang lain akan menerima kenaikan yang lebih banyak.  Itulah rezeki namanya.

Apa pun, semoga dengan kenaikan ini, Insya'allah saya akan lebih komited dengan tugas saya.  Cuma........... itulah, harga barang di pasaran sekarang ni perit juga rasanya.  mungkin gaji pertama 2012 nanti dapat mengimbangi semula keperitan tersebut. (mungkin la kot) Harap-harapnya begitulah..... Amin.


04 December 2011

Doa Buat Alanna

Malam ni sedang melayari blog-blog yang menarik perhatian, saya terjumpa satu blog ini. Doa Buat Alanna. Bagitu tersentuh hati membaca baris demi baris coretan seorang ibu buat anakanda yang tersayang. Alanna Qish telah kembali ke rahmatullah meninggalkan ibu yang sangat menyayanginya pada 5 Jun 2010.  Kembalinya Alanna menamatkan penderitaan sakit yang dihidapinya, Gaucher's Deasease Type 2.

Saya tak pernah tahu pun jenis penyakit ini.  Tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya.  Saya amat yakin pemergiaan Alanna begitu memilukan sehingga ibunya mendedikasikan satu laman blog khusus untuknya.  Saya cuba untuk memahami keperitan yang harus ditanggung, kerinduan yang tidak berpenghujung, kasih sayang yang tidak kesampaian.  Namun, takdir Allah mengatasi segalanya.  Semoga Alanna tenang di sana.

Membaca baris demi baris coretan si ibu membuatkan saya dirudung ketakutan.  Sememangnya, saya belum pernah merasakan kehilangan orang-orang tersayang.  Baik ibu bapa, suami, anak mahu pun adik beradik.  Namun saya pernah membayangkan, andainya ditakdirkan Yang Maha Esa, saya harus kehilangan, bagaimana harus saya menghadapinya.

Suami pernah bergurau, dia yakin akan pergi dahulu meninggalkan saya.  Maka lena saya diiringi air mata.  Walaupun, adat kehidupan berumah tangga, kadang kala seindah syurga, ada masa di lambung ombak membadai, namun, dia lah segala-galanya.  Jika harus kehilangannya, bagaimana kehidupan saya di kemudian hari?  Semoga Allah akan memberi saya kekuatan menghadapi dugaan tersebut.

Seorang putera permata hati.  Muhammad Imran.  Dialah penawar, dialah racun...., dialah intan, dialah payung.  Kehidupan saya berseri dengan kehadirannya.  Walaupun semasa kecilnya, menghidap asma, tetapi dengan bantuan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital dia membesar dengan sihat.  Untuknya, saya korbankan keinginan memasang karpet tebal di dalam rumah.  Langsir nipis sekadar melindungi pandangan dari luar dan kucing yang melintas, akan saya usir jauh-jauh.  Alhamdulillah, dengan rahmatNya kini, Imran telah sihat sepenuhnya.  Pastinya selepas membaca entri Alanna, saya akan lebih menyanyangi dan menghargai kehadirannya dalam hidup saya.  Insya'allah segala yang terbaik akan saya korbankan untuknya.  Andai ditakdirkan Allah menduga saya, melaluinya............ nauzubillah.... tak mampu untuk saya membayangkan.

Mengenang ibu dan ayah, yang sedang meniti usia emas.... , semoga segala rahmat Allah bersama mereka.  Menyayangi mereka dengan seluruh jiwa dan raga, walaupun tidak mampu berkorban untuk mereka, tapi kasih anakanda hingga ke syurga.  Andai selama ini, pernah melukakan hati mereka, menyinggung perasaan dengan kata atau tingkah laku.... hanya ampun dan maaf yang dapat dipohon.  Doa anakanda buat ayahbonda, selagi nyawa dikandung bandan.

Di kalangan adik beradik pula, walaupun ada yang tercuit hati, terguris rasa..... kasih sayang ini sentiasa ada.  Semoga hubungan kita berpanjangan selamanya.  Andai ditakdirkan harus kehilangan... itu tandanya, suatu hari nanti, diri ini juga akan dijemputNya kembali.

Buat Ibu Alanna, kehilangan memang memeritkan.... Dugaannya juga tidak tergambar.  Semoga sentiasa tabah meniti hari demi hari.  Masih ramai lagi yang memerlukan kasih sayang anda dalam kehidupan mereka.  Terima kasih atas coretan yang memberi dan membuka ruang kesedaran minda saya untuk lebih menghargai setiap insan yang saya sayangi......

Pelaksanaan SBPA