Blogger Templates

29 May 2011

Ladang Anggur Tasik Beris.

Masa perkhemahan unit beruniform di Kem Sri Ternas, hari tu sempat juga meluangkan masa melawat ladang anggur yang berdekatan.  Ladang anggur milik bumiputera ini terletak di Kampung Ternas, Sik  mempunyai keluasan lebih kurang 4 ekar dan diuruskan oleh Excel Agrotech Sdn. Bhd.   Ia mula dibuka pada November 2007.  Teruja nak melihat sendiri gugusan anggur yang bergantungan di rantingnya.  Lagipun, setahu saya anggur ni biasanya di tanam di negara-negara yang mempunyai iklim 4 musim sahaja.  Dan banyak komen yang didengari, anggur yang ditanam kat Malaysia ni, saiznya kecil, rasanya masam dan paling sedih, rakan-rakan selalu komen pokok anggur diaorang tak berbuah.  Jadi, hari ni ada la peluang untuk melihat sendiri kebenaran komen-komen tersebut.

Dari kem ikut jalan pintas pintu pagar belakang aje berjalan bersama kawan-kawan.

Sempat posing lagi dengan pemandangan tasik
dan bukit-bukau yang indah.

Dah sampai.  Selamat datang ke Ladang Anggur Tasik Beris.

Ini la ladangnya!!!!
Alamak, pintu terkunci pulakkkk....

Haaaa... pintu yang ni terbuka.

Oooooo.... rupa-rupanya pengunjung hanya dibenarkan melawat ke bahagian tertentu sahaja.  Sebelum tu kena beli tiket dulu kat kaunter.  Harga?  RM3.00 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak.  Boleh lah!!!  Masa lawatan dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.  Antara jenis anggur yang ditanam di sini ialah Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Lose Plite.

Masuk je terus pegang anggur dulu.
Masya'Allah.... Indahnya pemandangan! Buah-buah anggur yang bergantungan dari rantingnya sangat memukau.  Tapi, tak boleh di petik.  Hanya lihat sahaja.  Kalau nak petik sendiri kena tunggu apabila buahnya masak.  Pengunjung boleh memetik anggur sendiri dengan bayaran RM50.00 sekilogram.

Pemandangan di dalam rumah semaian.




Ini yang best... posing dengan buah anggur. 
Gugusan anggur yang bergantungan.
Satu-satunya gugusan anggur merah yang ditemui.

Last pose sebelum keluar.
Para pengunjung yang datang boleh juga mendapatkan buah tangan yang dijual di kedai yang disediakan.  Anggur yang telah dipetik dijual dengan harga RM12.50 bagi setiap 500 gram.  Selain itu ada juga dijual pelbagai produk berasaskan anggur seperti jus, jem dan juga kek.  Rasa anggurnya..... ermmmm..... memang manis!!!

Tahniah diucapkan kepada Encik Amiruddin Malik di atas kejayaan mengusaha dan membuka ladang anggur ini.

Sedikit tips untuk rakan-rakan yang menanam anggur, biasanya pohon anggur akan mengeluarkan tunas yang akan berbunga dan seterusnya berbuah setelah daunnya gugur pada musim gugur.  Disebabkan Malaysia dengan iklim khatulistiwa, jadi daun-daun anggur kat sini memang la takkan gugur.  Oleh itu, daun-daun tersebut perlu dibuang sendiri dengan menggunakan tenaga manusia.  Sebab tu la kot, anggur kat rumah tu tak berbuah.  Boleh la cuba selepas ni.




24 May 2011

Kenangan Hari Guru 2011

Alhamdullilah.....
Sekali lagi, tahun ni saya dapat menyambut Hari Guru.  Sebagai seorang guru, hari ini memang amat bermakna untuk saya.  Semangat "Guru Malaysia" yang berkumandang pagi tu memang menyerap ke dalam sanubari.  Lebih bermakna lagi sambutan kali ini, yang bertemakan warna hitam dan putih, apabila diberi penghargaan khas oleh pihak sekolah.  
Anugerah Khas Pengurusan Bilik Khas.
Pusat Sumber Al-Ghazali.
Untuk anugerah yang diterima, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu, memberi sokongan, dorongan dan galakan, terutama sekali Puan Che Zaiton Bt Mad Hussien, AJK Induk Pusat Sumber, AJK Kerja Pusat Sumber dan semua rakan serta para pelajar yang disayangi.  Tidak lupa juga sokongan dari suami dan anak tersayang.

Walau pun tema sambutan kali ini "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" merupakan satu tanggungjawab berat yang perlu dipikul,  namun peranan guru sebagai pendidik akan terus diperjuangkan.  Kejutan hari guru yang mengujakan tetapi diakhiri dengan kehampaan tidak akan melemahkan semangat untuk terus memikul tugas sebagai ejen perubahan kepada sistem pendidikan negara yang akan merubah nasib dan juga kehidupan seluruh warga Malaysia di setiap lapisan masyarakat.

Semoga semua guru di seluruh negara akan terus berjuang dari hujung pena di atas naskah sebuah buku demi memartabatkan masyarakat yang berilmu.

Hadiah daripada para pelajar.
Buat semua murid tersayang, terima kasih atas penghargaan yang diberikan.  Selaut kasih, segunung budi ingin cikgu taburkan untuk kamu semua.  Semoga nanti akan menjadi insan yang berguna.

Hadiah yang paling disukai!!!!




23 May 2011

Bunga Telang.

Bunga yang berwarna biru ni ialah Bunga Telang.  Bentuk bunganya hampir sama dengan Bunga Kacang Merah, tetapi lapisannya lebih nipis. Nama saintifiknya Clitoria Ternatea.  Ia juga dikenali sebagai Bunga Nasi Kerabu.  Ada juga yang memanggilnya Kacang Biru atau Blue Pea. Pokoknya boleh tumbuh meliar secara menjalar seperti pokok kekacang dengan daun berbentuk bujur berwarna kehijauan dengan permukaan yang kasar berbulu.  Ia boleh membiak melalui biji benih ataupun secara keratan batangnya.  Oleh kerana bunganya yang cantik dan berkembang sepanjang tahun ini, pokok ini sesuai dijadikan hiasan laman sama ada di tanam terus di atas tanah sebagai hiasan pagar atau pun di dalam pasung yang digantung.   

Bunga Telang ini sebenarnya mempunyai banyak kegunaan.  Antaranya adalah sebagai pewarna asli di dalam masakan. Selalunya digunakan sebagai pewarna untuk memasak nasi kerabu.  Ia boleh dipetik segar dan terus diramas di dalam air untuk mendapatkan warna birunya atau pun boleh dikeringkan dan disimpan untuk kegunaan masa akan datang dalam tempoh yang panjang.  Air ramasan yang berwarna biru boleh dicampurkan dengan beras untuk menghasilkan nasi kerabu yang berwarna kebiru-biruan.

Bunga Telang diramas dalam air.

Larutan biru yang telah ditapis.  Cantikkan warnanya!!!
Selain itu, Bunga Telang juga digunakan untuk menghitamkan dan melebatkan rambut.  Caranya juga sama di mana bunga ini diramas di dalam air dan disapukan pada rambut.  Hasilnya rambut lebat yang hitam berkilauan.  Petua ini telah pun dikomersialkan sebagai produk penjagaan rambut dan juga syampoo.

Cuma terlintas di fikiran saya nak cuba jadikan jus...... Agak-agak sedap tak ya?  Warna dah cantik......

13 May 2011

Hari Guru 2011

Selamat Hari Guru untuk semua.  Semoga lebih bersemangat meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa.

http://pssal-ghazaliskbbsl.blogspot.com/2011/05/lagu-dan-tema-hari-guru-2011.html

09 May 2011

"H.U.S.M.Y.N.A Giveaway"


Dah tengok tudung yang HUSMYNA nak bagi ubtuk giveaway ni dan memang cantik...
harap-harap boleh jadi hakmilik.
Sesiapa yang nak join merebut hadiah ni boleh le klik link kat bawah:-


http://husmyna.blogspot.com/2011/05/husmyna-blog-my-first-giveaway.html

Pelaksanaan SBPA