Blogger Templates

29 June 2011

Cameron Highlands

Akhirnya, setelah puas memujuk suami tersayang, dapat juga saya jejakkan kaki ke tanah tinggi Cameron ni.  Sebelum ni cuma dengar cerita orang aje, tapi hari ni saya dah sampai ke sini.

Dalam perjalanan pulang dari Melaka, mengikut susur keluar Simpang Pulai, kami mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke Cameron Highlands.  Kawasan tanah tinggi yang terletak di Banjaran Titiwangsa ini merupakan salah satu daripada daerah kecil dalam negeri Pahang Darul Makmur.  Dengan ketinggian 1500 m dari aras laut, suhunya boleh mencecah serendah 16 ˚C pada masa-masa tertentu.  Semua umum telah mengetahui yang Cameron Highland ni sangat terkenal dengan ladang teh dan bunga-bungaan di samping strawbery dan juga sayur-sayuran.

Ketibaan kami di Brinchang, dalam keadaan hujan renyai-renyai sangat mengujakan perasaan.  Apatah lagi apabila mata disajikan dengan pemandangan hijau yang indah.  Ladang-ladang dan juga tumbuhan liar di kiri kanan jalan sungguh menarik perhatian.  Tambahan pula pokok-pokok orkid liar tumbuh tinggi dan meliuk-liuk seperti melambai ke arah pengunjung yang datang.

Sampai je, terus cari hotel untuk menginap, tapi parking pula susah sangat.  Hotel banyak, tapi parking nak letak kereta tak de.  Tak haru ke? Takkan nak parking jauh-jauh.  Last sekali dapat juga parking walaupun bukan dalam petak yang sah.  


Check in kat Jasmine Hotel.  Bayaran???? Berpatutan la RM138.00 untuk double bed.  Sebab perut pun dah berkeroncong, terus aje ke restoran kat bawah hotel.  Nampak ada menu Nasi Goreng Cameron terus order.  Banyaknye sayur..... patut la nama pun Cameron.  Sedap juga!  Tempat makan di sini rasanya tak de masalah........
Malam lepas maghrib, redah juga hujan untuk ke Bazaar Majlis Daerah di hadapan hotel.  Cuci mata!!! Dari baju, topi, bantal, keychain sampai la selipar, semuanya bermotifkan strawbery.  Kat pasar malam yang berdekatan pun sama juga.  Makanan apatah lagi. Kebanyakannya berasaskan makanan segar dari tanah Cameron.  Kantoi juga baju sejuk sehelai dek penangan anak teruna sorang.





Sempat juga singgah ke CT craft di hadapan hotel......  cantik-cantik semuanya.  Tapi tengok-tengok aje.  





Pagi-pagi lepas check out, sampai je kat kereta..... alamakkkkkkkkkkk...... kereta dah kena taji.... hu hu hu..


Ni la masalahnya kalau kereta dah banyak, parking pula tak de..... hancusss..

Dalam perjalanan turun baru singgah kat tempat-tempat menarik di Cameron.  Seronoknyaaaa!!!!!!!


Pelbagai jenis kaktus.

Mawar yang berduri......
Kekwa berwarna-warni.


Sayuran menghijau.... oopppsss mengungu....
Segarnya tomato...


Kebanggaan Cameron - strawberry.
Di atas para....
Bergantungan.....

Tumbuh suburrrrr....

Macam mana pun mesti nak posing...

Kat Avant Chocolate Factory - macam-macam perisa coklat yang ada.

Lepas ni tak pasti lagi bila boleh sampai lagi kat sini.  Insya'Allah, panjang umur, ada rezeki pasti datang lagi.




12 June 2011

Kesan penggunaan microwave.

Hari ni tetiba aje ada sorang kawan mempertikaikan tentang penggunaan microwave terhadap kesihatan.  Secara tak langsung terlintas juga di fikiran.  Ada kesan buruk ke????  Jadi balik rumah terus layari internet dan penemuan agak menggerunkan......


Dari halaman http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12414.0 ini yang saya temui:


Hasil kajian menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang berasaskan daripada fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

• Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia ‘memendekkan’ utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).

• Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

• Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro .

• Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.

• Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.

• Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.

• Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.

• Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.

• Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.

• Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.. Fikirkan… Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku ‘haruan makan anak’ serta amalan seks luar tabi’i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina -perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?

Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.



Aduhhhh... parah la kalau macam ni.... sebab makanan yang di makan itu lah yang akan menjadi darah daging dan menjadi faktor kepada banyak perkara termasuk keimanan.

Pelaksanaan SBPA