Blogger Templates

16 April 2011

Home made soy! Langkah-langkah & Info.

Suka minum soya????  Saya pun suka.  Selalu beli kat kedai atau pasar malam.  Bila bulan puasa lagilah suka.  Dek kerana suka sangat, saya belajar buat sendiri.  Jadi nak kongsi dengan semua penggemar soya.

Bahan-bahan yang diperlukan, mudah aje:
200 gm kacang soya.
sedikit garam
Gula secukup rasa.

Peralatan pula:
Pengisar dan penapis kain.

Langkah-langkahnya pun mudah aje.

Mula-mula kacang soya direndam.  Setelah kembang, ramaskan kacang soya untuk membuat kulitnya kemudian cuci hingga bersih.


Kacang soya perlu direndam dahulu lebih kurang 4 jam.
Inilah kulitnya!
Ini Kacang soya yang dah bersih.



Masukkan kacang soya dan air ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
Gunakan penapis kain untuk menapis kacang yang telah dikisar tadi.  Ulang kisar dan tapis beberapa kali sehingga tinggal hampasnya saja.

Tapis beberapa kali hingga habis patinya.

Inilah hampasnya!
Hampas soya ini ada juga kegunaannya.  Kalau tak nak taburkan dipangkal pokok boleh juga dipupur pada muka sebagai mask atau dilulur ke seluruh badan untuk menghaluskan kulit.

Masak air soya tadi di atas api yang sederhana.
Semasa memasak pastikan apinya perlahan dan sentiasa di kacau supaya tidak meruap.  Tambahkan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak soya.

Setelah mendidih masukkan gula dan sedia dihidang.  Sesuai diminum panas atau sejuk.  Kalau nak masukkan cincau pun boleh.  Lebih sedap kalau dicampurkan air gula merah.

Sesuai diminum di waktu petang.  Kalau berbuka lagi bessssttttt!!!
Selain tu saya nak kongsi sedikit maklumat tentang saya yang saya baca dari wikipedia.
v
v
v
Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine max merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Dengan ketinggin lebih kurang 70 sentimeter, pokoknya tumbuh tegak dan rimbun.  Ia mempunyai bunga yang berwarna putih atau ungu,  dengan buah yang bersaiz antara 3 cm hingga 7 cm panjang dan mengandungi biji kekacang berbentuk bulat dan berwarna kekuning-kuningan.  Perkataan soy berasal daripada bahasa Jepun iaitu shoyu yang bermaksud kicap.

Kacang soya dikatakan mengandungi protein lengkap, iaitu protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting  yang diperlukan oleh tubuh manusia.  Kandungan proteinnya adalah setanding bijirin seperti oat.  Ia menjadi sumber utama minyak dan juga makanan ternakan yang utama di kebanyakan negara.  Kalau di Malaysia, kacang soya banyak digunakan dalam industri pebuatan makanan seperti tepung, tempe, kicap, tauhu, taucu, tau fu fa dan juga bahan asas bagi mereka yang mengamalkan diet pemakanan secara vegetarien..  Pemasaran bahan makan berasakan soya adalah meluas dan semakin berkembang apabila terdapat syarikat bumiputera yang berminat mempelbagaikan produk bersaskan soya.  Antara produk terbaru yang saya pernah lihat dan makan adalah jejari tempe.  Rasanya, memang sedap setanding dengan snek-snek lain yang terdapat di pasaran.  selain itu, kacang soya juga banyak digunakan sebagai asas kepada produk tenusu seperti susu soya, yogurt dan juga cream cheese.

Pengambilan makanan berasaskan kacang soya yang berterusan dapat memberikan manfaat yang baik untuk tubuh badan.  Selain dapat meningkatkan kesihatan, ia juga mampu menyerlahkan kecantikan pengamalnya.  Banyak produk-produk kesihatan dan kecatikan di pasaran yang bersaskan soya.

Walaubagaimanapun, tidak semua produk soya sesuai diamalkan oleh semua orang.  Kebanyakan keluaran soya dewasa tidak sepatutnya diberikan kepada bayi, walaupun formula yang dirumus khusus bagi bayi telah dihasilkan masa kini. Sebagai mana formula tenusu, formula berasaskan soya mengandungi vitamin tambahan dan zat lain ditambah kepadanya untuk menjadikannya sesuai bagi keperluan bayi. Dalam sesetengah kes, bayi yang diberikan susu soya dewasa secara berpanjangan menjadi kekurangan zat teruk.  Tambahan lagi, alahan soya adalah salah satu bentuk alahan makanan yang biasa.

Kacang soya juga digunakan dalam barangan pengilangan termasuk minyak, sabun, kosmetik, resin, plastik, dakwat, krayon, pelarut dan biodisel.

(Emmmhhhh...... plastik dan biodisel???? Ingatkan dalam pembuatan makanan dan kosmetik aje......)




10 April 2011

World Book Day Giveaway 2011

Dunia saya memang lah buku.  Kenapa?  Sebabnya saya merupakan seorang guru Pusat Sumber.  Jadi sentiasa dikelilingi dan mengelilingi buku.  Untuk tahun ini, saya telah merancang untuk mengadakan sambutan Hari Buku di peringkat sekolah saya.  Walaupun  UNESCO telah mewartakan Sambutan Hari Buku Sedunia pada 23 April setiap tahun, tapi tahun ni 23 April adalah hari Sabtu, jadi sambutannya akan diadakan keesokkan harinya, 24 April 2011 iaitu hari Ahad.

Jadi untuk memeriahkan lagi sambutan, saya juga nak menang Giveaway April 2011 ini.  Hadiahnya memang menarik minat saya.  "Koleksi Komik Ikhtiar Hidup".  Saya nak menambahkannya ke dalam koleksi buku-buku saya untuk bacaan sepanjang masa.....  Seronokkan kalau menang!!!!!!!!!! Mesti MENANGGGGG!!!!


Sesiapa yang berminat nak menang, boleh check link di bawah......

http://tinidewi.blogspot.com/2011/04/giveaway-april-2011.html
atau boleh juga klik
pada banner Worl Book Day Giveaway disebelah!!!!!

Pelaksanaan SBPA