Blogger Templates

01 January 2012

Azam baru!

Assalammualaikum.
Selamat Tahun Baru.  Semoga kehadiran 2012 memberi sinar baru buat semua insan ciptaan Ilahi.  Walaupun pelbagai spekulasi tentang 2012, kehidupan tetap berjalan mengikut masanya.  Sama ada 2012, dunia berakhir, bukan kita penentunya.  Jadi tak salah, kalau terus berazam untuk meningkatkan prestasi diri.

Azam?  Biasa la.  Semua orang akan buat azam setiap kali menjelang tahun baru..  Ok la tu.  Untuk motivasi.  Tapi dalam membuat azam, ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira seperti:

i.  positif - kalau azam tersebut boleh membawa keburukan pada diri sendiri atau orang lain, baiklah dihentikan.  Azam sepatutnya sesuatu yang baik dan boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain.  Dan selalunya azam yang dibuat adalah untuk memajukan diri, meningkatkan kualiti hidup serta memberi makna yang mendalam buat seseorang.  Contohnya: berazam untuk menguruskan berat badan dapat meningkatkan kualiti hidup sendiri.

ii.  realistik - berazam untuk menjadi puteri raja itu dianggap angan-angan.  Azam sepatutnya sesuatu yang mampu dicapai sesuai dengan keperibadian sendiri.  Kalau terlalu mudah untuk dicapai pula, kurang bermakna pula azam tersebut.  Contohnya, berazam untuk mendapat "straight A" dalam peperiksaan lebih bermakna daripada sekadar ingin lulus dalam peperiksaan.

iii.  boleh diukur - azam yang realistik seharusnya dapat diukur pencapaiannya.  Tanpa pengukuran yang jelas, sesuatu azam itu samar untuk dicapai.  Ini memudahkan kita untuk menilai sama ada azam yang dibuat itu tercapai atau tidak.  Contohnya, berazam untuk berhenti merokok dapat diukur dengan pengurangan jumlah rokok yang dihisap berbanding dengan berazam untuk hidup dengan lebih bahagia.  Dapat ke diukur tahap kebahagiaan tu.

iv.  fokus yang utama - bila berazam, tak perlu banyak-banyak.  Ada orang, bila berazam senarainya berkajang-kajang.  Tapi satu pun tak mampu dicapai. Lebih-lebih lagi tak pasti mana yang nak dimulakan dulu.  Jadi, cukuplah dengan memberi fokus kepada satu azam yang utama untuk dicapai dalam sesuatu masa.  Lepas dah tercapai, boleh sambung azam baru.

v.  semak kembali azam yang lepas.  Sebelum membuat azam baru, pastikan dahulu yang azam sebelum-sebelum ni dah pun tercapai.  Kalau belum elok diteruskan aje azam tersebut.  Tak perlu nak berazam baru. Kalau asyik buat azam aje tapi semuanya tak tercapai, macam tak bermakna la setiap azam tu.  Setakat berazam tapi tak berusaha untuk mencapainya, buang masa aje namanya.

Tapi kalau nak berazam, tak semestinya tunggu tahun baru. Bila-bila pun boleh buat azam.  Yang penting semangat untuk mencapai azam tersebut dan kemampuan kita untuk mencapainya.  Satu azam terbaik sangat bermakna apabila kita mampu mencapainya.  Insya'allah.

Pelaksanaan SBPA